"Kalau ada jodoh dia dengan aku, Ya Allah... aku terima"
Memang kalau orang lain mendengar, memang kedengarannya agak janggal... tak pun dianggap bagai pungguk merindukan bulan. Tetapi hati ini terlalu sukar untuk berpaling kepada yang lain. Terlalu sukar untuk suka kepada yang lain. Bertahun-tahun cuba membuka pintu hati kepada yang lain tetapi tidak pernah sekali pun ada rasa tertarik melainkan pada si dia. Aku tak mengerti. Cinta aneh ini masih disimpannya untuk si dia yang mungkin hanya ada peluang yang teramat tipis untuk berjumpa di masa-masa mendatang atau pun mungkin hanya dapat berjumpa di 'dunia yang lagi satu', atau mungkin juga tidak akan berjumpa lansung. Kadangkala aku bertanya kepada diri sendiri, kenapa cinta ini tidak dipermudahkan olehNya? Kenapa setiap kali aku ingin memulakan hubungan dengan yang lain, ingatan aku padanya semakin kuat mengukir di hati dan seperti tidak boleh dikikis lansung? Ramai orang mengatakan cinta itu buta. Tidak... Cinta tidak buta. Cinta membuatkan aku lebih menyedari akan kekuasaan Tuhan. Cinta ini memang misteri...!
Aku melihat ke dalam diriku sendiri, kelam dan tidak jelas. Begitu jugalah perasaan cinta ini terhadapnya. Berbahagiakah dia di sana? Persoalan yang sentiasa menerjah di fikiranku. Teringin untuk merisik khabar, tapi hati ini menegah dengan begitu keras sekali... kerana tidak mahu dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong... Akan adakah peluang lagi untuk aku merasai dan menikmati cinta yang satu ini? Atau ianya hanya akan kekal menjadi angan-angan sampai bila-bila? Aneh sungguh cinta yang satu ini bukan?
~dee~ Tetiba je jadi jiwang karat ni... naper ek? Hahaha!