Friday, January 31, 2020
Ke mana menghilang?
Ada aje...
It's just Allah kasi 'rehat' yang panjang
Syukur kerana masih disayangNya dan masih memberi aku peluang yang tidak akan kusia-siakan lagi
Sesungguhnya, setiap kesakitan dan kesukaran yang dikurniakan itu pasti ada kemanisan yang menanti di penghujungnya. Namun sebagai insan biasa, memang sukar untuk aku menerimanya di permulaan waktu. Malah sampai ke satu tahap, tanpa disedari aku telah menyalahkan Tuhan atas ketidakadilanNya terhadapku. Berdosanya aku pada waktu itu...
Berkat sokongan dan dorongan dari mereka yang tersayang yang sentiasa ada tanpa mengira masa dan keadaan buat aku sedar bahawa hidup ini tak selalunya indah dan mudah. Tak semua yang disukai itu yang terbaik kerana adakalanya, tanpa disedari bahawa yang dibenci itulah sebenarnya yang terbaik buat diri ini. Allahuakbar!
- Posted using BlogTouch from my iPhone
Tuesday, January 28, 2020
2020
Sungguh??? Hampir sebulan dah ia membuka tirainya.
Dulu-dulu masa Tun M lancarkan Wawasan 2020... rasa macam jauh sangat. Sempat ke aku 'menemui' 2020 ni?
Nah kau! Panjang pun umur... Alhamdulillah! Tua dah aku ni rupanya. Apa-apa pun, mari kita sama-sama bermuhasabah diri. Tinggalkan mana-mana sikap yang tidak baik dan ubah diri kepada yang lebih baik.
Azam?
Dah tua-tua ni, tak rajin dah buat azam. Semuanya secara adhoc. Apa yang terdetik, terus usahakan hingga jadi terutamanya kalau perkara yang baik-baik kerana masa tak menunggu kita, bila-bila saja Allah boleh ambil nyawa kita. Pasal tu la aku teringat akan blog yang dah lama ditinggalkan ni. Rasanya, aku perlu mula balik aktif kat sini... nak buat aktiviti yang aku minat sejak kecil iaitu 'menulis' dan membaca sementara masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ni. InsyaAllah...
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)