Huhuhu... semalam, semasa dalam perjalanan di Jalan Kuching nak balik umah dalam hujan lebat tu kereta aku buat hal. Ada bunyi agak bising semasa aku on the road, maka aku pun berhenti ke pinggir jalan. Memandangkan hujan lebat dan tak boleh nak keluar untuk melihat apa masalah yang melanda, aku call kengkawan yang berkenaan. Alhamdulillah... nasib baik Nick ada somewhere nearby untuk datang membantu. By the time dia sampai, hujan masih renyai-renyai. Aku dah takut nak drive, lalu aku suruh je dia panggil tow truck tapi dia kata kereta aku masih boleh lagi dipandu. Then aku pun drive mengikutnya ke workshop... setelah di'diagnose', banyak parts yang perlu diganti/baiki... haiyaaa duit lagi!
Aku baru je bercerita pasal repair kete ni semasa online dengan B semalam. Tup tup tak menyempat nak tunggu Khamis, perkara ni dah berlaku. Sebenarnya, aku memang nak menghantar kereta aku untuk di'ubati'/di'pulih'kan pada hari Khamis ini kerana aku akan berada di Jakarta/Bandung sehingga hari Ahad. Appointment telah pun dibuat dengan Nick lebih sebulan yang lalu. Agaknya 'buah hati' aku ni 'merajuk' kot, tu yang dia cepat nar nak masuk 'wad'. Alahaaiii... apa nak dikata kan? Aku masih sayang 'kamu'... kalau tiada 'kamu' maka 'patah kaki' aku dibuatnya....
p/s: Thanks Nick for helping me yesterday! Dalam 2 hari ni kenalah belajar naik kenderaan awam untuk ke ofis, tak pun belajar buat muka kesian untuk meminta bantuan... masa ni la baru aku boleh tahu kawan macam mana yang lebih ramai, kawan menangis atau kawan ketawa? Huhuhu...!