Semalam... aku terima panggilan dari pihak bank tempat aku membuat pinjaman dan memberitahu aku yang sudah 4 bulan aku tidak membuat pembayaran. Apa lagi, aku pun terkejut bagai nak rak lah. Macam mana pula boleh jadi begini? Tiap-tiap bulan gaji aku dipotong untuk pembayaran ke Biro Angkasa dan sepatutnya pihak bank merujuk ke badan tersebut... tak pun dengan majikan aku, bukannya aku. Tapi bila aku suarakan pendapat aku itu, tiba-tiba hamba Allah ini menjawab dengan agak kasar pula, dia mengatakan bahawa tugas dia hanya untuk memberitahu aku akan hal tersebut... pertanyaan selanjutnya dia suruh aku telefon pegawai bahagian kredit bank yang berkenaan. Macam ni ke yang dipanggil call center personnel? Aku rasa dia orang ni kena pergi intensif training la...
Bila aku telefon pula pegawai kredit... satu lagi kejutan yang aku terima. Perkara ini rupa-rupanya telah berlarutan sejak awal tahun lagi dan aku telah pun dikenakan denda & interest hampir suku dari jumlah pembayaran bulanan aku... Aik? Salah aku kah itu... kesilapan orang lain kenapa aku pula yang kena tanggung? Tapi nasib baik aku ni cepat sikit berfikir dengan rasional... lalu aku minta pegawai tersebut memberi aku penyata tahunan supaya aku dapat bandingkan dengan penyata yang bakal aku minta dari pihak Biro Angkasa dan juga majikan aku... dari situ aku akan dapat tahu kesilapan itu di pihak yang mana satu... Namun begitu sekiranya kesilapan itu berlaku di salah satu antara dua badan tersebut, adakah mereka ingin membayar balik denda & interest yang telah dikenakan kepada aku oleh pihak bank tersebut? Banyak tu... Untuk mengelakkan dari dikenakan denda & interest lagi sementara perkara ini disiasat dan sebelum tindakan selanjutnya diambil, pegawai kredit tersebut telah menasihatkan aku agar mendahulukan pembayaran sebanyak dua bulan ke dalam akaun aku secara manual di kaunter bank... Nak tak nak, aku sudah laksanakannya semalam.
Ingatkan bila aku memilih untuk membuat pembayaran secara potongan gaji ni boleh menyenangkan. Hmm... rupa-rupanya begini pula jadinya. Sekarang ini kalau hendak membuat pembayaran bukannya susah lagi... penggunaan internet banking lagi cepat dan mudah. Masalahnya sekarang, pembayaran pinjaman ini aku tidak boleh ditukarkan mode kepada pembayaran secara manual... kalau nak juga, aku akan dikenakan interest yang berlainan yang mana lebih tinggi lagi. Ini kerana semasa permohonannya dibuat pada tahun 2005 dulu aku mendapat pengurangan interest sekiranya aku pilih cara pembayaran secara potongan gaji melalui Biro Angkasa... Macam-macamlah.