Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 30, 2008

Hajat tak kesampaian...

Pepagi tadi sebelum keluar dari rumah, aku dah berniat nak balik awal hari ini. Kalau ikutkan hati, aku nak amik emergency leave je sebab nak qada' tidur setelah berjaga semalaman kerana menyaksikan final match antara Spain & Germany. Nak tak nak, hajat aku tu terpaksa dikuburkan. Hari ni Pak Menteri Pengajian Tinggi nak datang. Aku antara salah seorang yang terlibat. Itu kisah pagi tadi. Sekarang ni, dah melepasi waktu kerja pun tapi aku terpaksa stay. Aku perlu menunggu sehingga bos aku habis meeting kerana ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebelum dia balik nanti. Mata aku ni macam dah tak boleh dibuka lagi... badan pun dah tak larat. Adoii...

~dee~ I am confused! Late afternoon today, I received a call from Marriott Hotel Singapore saying that they will send me a free 3D2N voucher of stay at their hotel. They said that this reward given to me because I have been a loyal membership card holder of their hotel for more than 10 years. This really surprised me. Since when I became their member? I did stay at that hotel many years ago... can't remember when actually but as far as I am concerned, I did not remember of signing any document related to hotel membership. Fuhh... Fenin... Fenin aku dibuatnya... manalah tahu, kot-kot tu semua hanya trick dia orang je nak 'amik' duit aku. Entah-entah sebelum aku boleh guna voucher tu, aku kena bayar macam2 dulu kat dia orang. Bukan senang orang nak kasi sesuatu yang free pada kita tanpa ada apa-apa imbuhan untuk mereka...

Sunday, June 29, 2008

Hanya Kau Yang Mampu

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku


Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku ooooo


Lazy Sunday!

Bila dah penat semalam, ingatkan selepas solat subuh tadi boleh la menyambung tidur sampai meninggi hari. Mata aku ni memang macam tu... kalau dah terjaga, susahlah nak lelap semula. Dah hampir sebulan, hujung minggu aku penuh dengan pelbagai aktiviti hinggakan aku tak punya kesempatan untuk mengisahkan hal-hal domestik di rumah. Semuanya tonggang langgang... nasib baik si Cimot ada membantu sedikit sebanyak. Tapi tetap tak sama dengan membuatnya sendiri mengikut selera hati. Aku ni kan perfectionist? Faham-faham je la... Jadi, hari ini aku punya sedikit waktu untuk membuat apa yang patut.

~dee~ Rindu lak pada Ayee...

Saturday, June 28, 2008

Merayap sangkan...

Kuar jalan-jalan kat Jalan TAR. Bukannya apa, kalau tak ada Cimot memang payah la aku nak ke sana. Itu pun pasal nak bawa dia gi cari buku-buku yang nak dibeli. Tak dapat kat sana kami ke Big Book Shop kat Mall lak, tak ada jugak. Lastly kami ke Kinokuniya, barulah dapat apa yang dicari tapi tak kesemuanya. Biasalah... zaman aku jadi student dulu pun selalu jadi camni. Masa tu kita nak, masa tulah buku tu habis stok la dan macam-macam lagi. Nak tak nak, terpaksalah pinjam buku kengkawan dan hantar kat kedai photostat untuk buat satu copy untuk diri sendiri. Tapi lecturer si Cimot ni tak nak pakai buku yang 2nd hand atau pun photostat nyer... Payah juga kalo dah camtu... Kalau dah pergi ke kedai buku, memang tak akan pulang dengant tangan kosong. Tangan aku ni mesti gatal nak membeli barang senaskah dua buku dan novel untuk koleksi. Itulah kelemahan aku... hehehe! Tapi kira ok la juga kan daripada aku membazir duit kepada benda yang tak faedah?

Penat merayap, kami terus ke rumah Jimy sebab aku dah janji dengan dia nak hantar kete aku ke workshop untuk servis. Just a normal servis... so kejap je dah siap. Julie pun sampai around 6.30. Dapatlah jumpa si comel Haziq... lepas dah rindu kat dia. Selesai makan-makan, borak-borak dan penat melayan karenah kedua anak ponakan aku tu... kami pun beransur pulang. Kul 11.30 sampai kat umah... sambil nunggu citer cerekarama habis, tu yang aku sempat gak nak update citer kat sini. Lepas ni sure aku 'pengsan'... esok kan cuti lagi?

~dee~ Walaupun ekonomi sekarang tak berapa baik dan rata-rata harga barang telah mula naik tapi aku lihat orang masih ramai keluar membeli-belah terutamanya di Jalan TAR tadi. Kenapa ek?

Friday, June 27, 2008

Orang baik selalu kena tindas


Aku amat menghormatinya dan sepanjang aku mengenalinya, aku tahu dia seorang yang amat penyayang dan baik hati. Tetapi yang menyedihkan, kebaikannya itu telah membawa padah pada dirinya kerana ada insan-insan yang sanggup mengambil kesempatan di atas kebaikannya demi kepentingan diri sendiri dan sudahnya orang yang tak mengetahui hujung pangkal cerita akan menuduhnya dengan bermacam-macam tomahan. Apa yang lebih menyedihkan lagi, orang-orang inilah yang dia tolong sebelum itu dan mereka-mereka inilah yang datang kepadanya minta tolong itu ini di masa mereka susah dan bila telah dibantu, akhirnya mereka menikam dia dari belakang. Bagai melepaskan anjing tersepit... terkilan sungguh.

~dee~ Pernah dulu seseorang menasihatkan aku, memang banyak dugaan yang perlu kita lalui dalam proses membuat kebaikan di dalam hidup ini... Sekarang baru aku faham akan maksud kata-katanya itu.

Thursday, June 26, 2008

Re-Union


Aku mendapat jemputan untuk turut serta re-union bersama rakan-rakan se-ITM dulu. 15 tahun berlalu tanpa disedari sejak kami bergraduat bersama-sama dulu. Rasa teruja juga nak pergi, ye la nak jumpa kengkawan lama. Tentunya mereka juga begitu... ye la, masing-masing dah berkerjaya dan berkeluarga. 'Fizikal' tentunya dah berubah... Aku rasa, kalau jumpa kat mana-mana... tak mustahil kalau tak cam di antara satu sama lain. Mana taknya, kalau yang lelaki... mesti perut ada yang dah 'ke depan', rambut pun dah kurang dan saiz pun dah bertambah. Yang perempuan pula... tentunya saiz badan dah 'kembang' dan shape pun dah 'lari'. Aku ni sedap-sedap je memikirkan tentang orang, diri sendiri tak nak tengok... Hmmm... aku pun sebenarnya dah lalui situasi 'kembang' tapi sekarang dah 'maintain' semula cam anak dara... *bukan la nak puji diri sendiri tapi mengikut komen kengkawan ofis aku sekarang ni la...*

~dee~ Tersenyum sendiri mengenangkan semula peristiwa pahit manis di zaman belajar dulu...

Wednesday, June 25, 2008

Kalau sudah itu takdirnya

Life like usual. Tiada apa yang menarik nak diceritakan. Malam semalam ke Putrajaya jumpa B, ada retreat katanya dan pepagi lagi aku dah gerak dari sana kerana aku perlu berada di pejabat sebelum pukul 7. Jauh juga perjalanannya. Ingat tak tentang rakan sepejabat aku yang dimasukkan ke hospital kerana lost mind tu? Actually ada ketumbuhan di otaknya dan telah pun selamat dibedah pada Isnin yang lalu namun semalam dia muntah-muntah teruk dan doktor perlu scan semula untuk mengetahui apa yang tak kena padanya. Dari apa yang aku dengar dari cerita isterinya, mengikut kata doktor penyakit yang melanda suaminya itu sedikit sebanyak kerana tekanan kerja yang agak ekstrem. Kalau dilihat dari pengamatan aku tentang kerjanya, dia memang punya bebanan kerja yang cukup banyak. Cuma dia orangnya sentiasa ceria, tak pernah menunjukkan dirinya susah hati atau pun punya masalah. Itu yang agak pelik sedikit... Tapi kalau dah Tuhan nak jadikan, kita hambaNya nak kata apa kan? Redha sajalah dengan kehendakNya.

~dee~ Mulai hari ini, aku berazam nak buat kerja mana yang termampu je... tapi boleh ke?

Monday, June 23, 2008

Hujung minggu yang sarat...

2 hari menyepi bukannya ke mana pun, aku ada kat KL ni... cuma masa sengkang tak ada lansung untuk aku melayari internet dan sekali gus update cerita di sini. Petang Jumaat tu aku sibuk menyiapkan apa yang patut sebelum bos aku berangkat pergi ke Bangladesh. Then kena gi jemput Cimot lak. Ingatkan bleh la terus balik umah... kerana ada yang tak selesai lagi so aku singgah lagi kat ofis, dekat pukul 6 baru dapat balik. Then aku kena hantar Cimot balik ke rumah dulu sebelum aku pegi jumpa kawan aku. Kul 9.30 baru selesai kisah dengan kawan aku tu. Sabtu dan Ahad aku kerja. Kepenatan buat aku prefer untuk tidur saja bila ada masa. Selepas menghantar Cimot petang semalam, hajat di hati nak rehat-rehat jap sebelum ke dapur untuk mengkisahkan hal makan malam tapi tanpa aku sedar rupa-rupanya aku terus terlelap sampai ke pagi tadi. Nasib baiklah si Cimot ada last weekend, dialah yang bantu aku menguruskan hal-hal kat rumah. Kalau tak, tak tau la aku apa nak jadi dengan rumah aku. Sure tonggang terbalik macam kapal pecah... Itulah guna ada adik kan?

Inilah binatang favorite si Cimot

~dee~ Aku dah biasa membuat segala kerja rumah sendiri dan bila menyuruh si Cimot buat... rasa lain macam pulak, seolah-olah aku mengambil kesempatan ke atas dia kerana aku jemput & hantar dia dua minggu berturut-turut.

Friday, June 20, 2008

Kerja oh kerja!



Nowadays, sesampai di rumah aku tak dapat nak berlamaan berjaga lagi. Sebaik saja selesai 'mengemas' diri then solat, aku terus 'belayar' di alam mimpi *sempat ke bermimpi?*. Only next morning at 5 am aku bangun. Kepenatan bekerja lebih 12 jam sehari buat aku jadi macam itu, sudah seminggu aku jadi begini dan aku tahu ianya akan berlarutan sampai ke bulan Ogos. Boleh bertahan ke aku ni? Sekarang ni baru seminggu, aku dah rasa flat semacam je. Selain dari mengambil supplement yang biasa... ada apa-apa yang lain yang patut aku makan untuk bagi aku 'extra strength'? Tapi setakat penat badan aku rasa ok lagi kot. Jangan penat badan dan otak serta bercampur dengan stress sudah le. Bukan apa, semalam salah seorang rakan sekerja tiba-tiba admitted kerana lost memory... but not permanently, kejap baik dan sekejap lagi dia blank semula. Bila diselidik, setakat ini ianya lebih berat ke arah tekanan kerja, dia masih perlu menjalani beberapa test yang selanjutnya. Adoii... takut gak mendengarnya. Harap-harap tak ada penyakit yang serius berlaku kat dia.

~dee~ Kekadang aku terfikir, aku beria-ia untuk memastikan segala kerja terlaksana dan ada masanya aku perlu mengorbankan masa santai aku bersama keluarga, macam sekarang ni haa... Kalaulah sesuatu berlaku pada aku, adakah majikan aku akan ambil peduli?

Wednesday, June 18, 2008

Suratan atau Kebetulan



Seingat aku hari ini adalah hari yang paling sibuk pernah aku lalui... rasa seperti kerja-kerja 3 hari yang dihimpun dan perlu diselesaikan dalam hari ini jugak. Huhhh... stress giler aku dibuatnya sampaikan tak sedar masa berlalu terlalu cepat hinggakan makan tengahari pun kul 3 ptg. Teruk tul aku ni... Ok la, aku rasa aku nak balik sekarang... jalan pun mungkin dah lega sikit kot. Tak tahu esok hari macam mana pula...

~dee~ Banyak benar 'kebetulan' yang berlaku hari ini... musykil juga.

Tuesday, June 17, 2008

Letih



Rasanya tu la tajuk yang paling sesuai untuk hari ni. Pepagi seawal jam 7 Laila dah call tanya pasal bos & driver... dia tak citer betul-betul apa yang dia nak, aku dah jadi kalut call bos. Lastly, tak jadi gak nak guna khidmat P.Mail. Lansung breakfast aku terganggu... Aku biarkan je bos sorang-sorang kat Angkasa Raya sebab dalam kul 10.30 sure dia sampai ke Main Campus gak... tak kuasa aku nak bazirkan petrol aku untuk berulang-alik. Lagi pun bos kecik aku bagi keje lak tadi... Dalam dok ralit buat keje, bos aku terpacul kat sebelah aku dan dengan pastas suruh aku tolong aku betulkan speech untuk HE Minister nak berucap pada 30hb nanti. Katanya petang ni nak bagi pada tan sri untuk review... tan sri pun tadi sibuk lak suruh aku sms dia flight schedule ke Bangladesh weekend ni. Hari tu dia yang setuju dengan schedule tu, tetiba dia tak caya lak dengan arrival time masa balik ke mesia tu... geram lak rasanya. Aku lunch lewat tadi, tu pun tapau je. Nasib baik speech tu sempat siap sebelum waktunya... kalo tak, silap hari bulan aku lak yang kena gi hantar. Aku tak tunggu lama, tepat 5.30 aku terus berkemas dan cabut. Tak larat dah... minda dah penat. Sebelum balik tadi, bos aku sempat cakap yang esok ada lagi satu speech yang nak dibuat... Hmm...


~dee~ Since I got my report, now I really have to manage myself properly... so unbelievable but I have to admit that!

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari Bapa!


Its a Sunday and today is a Father's Day! Selamat Hari Bapa kepada semua!

Selesai breakfast, aku gerak terus ke KLCC. Pening jap aku dibuatnya untuk cari jalan kuar dari Putrajaya tadi. Selalunya aku pergi bukan bersendirian, so bila sorang-sorang ni aku jadi kalut sikit nak tengok sign board... Apa-apa pun aku sampai on time di Avenue K tu. Ramai juga yang sudah ada di situ. Majlis bermula agak lewat juga. Rezeki aku agaknya... no. 63 telah memberi aku tuah untuk mendapat salah satu hadiah lucky draw hari ini. Cantik replika kapal tu... thanx KN. Selepas drop K.Noor, K.Ija and her bodyguard di PC Jalan TAR, aku terus balik. Mata mengantuk sesangat... tu lah siapa suruh bersengkang mata malam tadi kan? Aku tidur sekejap sebelum hantar si Cimot balik ke Mahalah dia. Rasanya lepas ni aku terus 'pengsan' sampai ke esok pagi... penat sungguh dan malas sungguh nak pergi kerja sok!

~dee~ TQ abah, moga dikurniakan kesihatan yang baik dan murah rezeki la hendaknya...

Saturday, June 14, 2008

Tak tau nak letak tajuk apa...

Tadi pergi jemput si Cimot. Plan asal ngan Julie nak jengok dia esok kat sana tapi tetiba je dia boleh balik pula pada minggu ni. Then singgah kat Tesco untuk beli barang-barang yang tak cukup untuk dibawa balik esok. Aku terima sms dari B yang kami akan berjumpa di Putrajaya nanti. Reen pun nak keluar gak jumpa si R tu... Aku risaukan Cimot tapi nasib baik dia tak kisah untuk tinggal sorang-sorang malam ni. Katanya, dia nak qada' tidur. Sok-sok lah sambung citer ek, aku nak berdandan sat... nak kuar sat lagi.

~dee~ Tak sabar rasanya...

Thursday, June 12, 2008

Hari yang memenatkan...

Ketika dan saat ini aku masih lagi di ofis kerana nak siapkan kerja-kerja yang banyak tu. Take a break for a while... Tadi aku ke lawyer office di Mid Valley untuk mengambil dokumen yang EPF nak tu. Alhamdulillah, segalanya sudah complete dan permohonan aku telah pun diluluskan. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada Hanim dan Wan di EPF yang telah bersusah payah menelefon pihak yang berkenaan untuk mendapatkan dokumen yang dikehendaki itu. Aku puji sikap perihatin mereka terhadap masalah yang aku alami itu. Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian berdua. Tak larat dah nak meneruskan kerja... aku kena bawa semua kerja balik nampaknya.

~dee~ Harap-harap medical report aku esok ok... huhuhu!

Wednesday, June 11, 2008

Cimot selamat mendaftar

Setelah diizinkan, semalam aku bercuti kerana ingin bersama keluarga di rumah yang turun ke ke KL untuk menghantar si Cimot mendaftar di Pusat Asasi UIA, PJ. Pada mula aku tak nak pergi sama kerana badan aku tak berapa sihat tapi akhirnya kena gak pergi, Jimy dan Julie tak berapa pasti tentang arah jalan untuk ke sana. Cuaca tak berapa baik, sesampai di sana tengah hujan lebat... disebabkan ketidakcukupan tempat pakir kebanyakkan kereta terpaksa pakir di kiri kanan bahu jalan yang membuatkan jalan sesak di sana. Proses pendaftaran mengambil masa yang agak panjang, pukul 5.30 lebih baru kami semua bergerak pulang ke rumah. As usual, si Cimot memang akan tunjukkan muka sedih dia semasa kami nak balik tu cuma dia tak menangis macam hari pertama dia masuk sekolah berasrama penuh 5 tahun dulu. Masing-masing sudah kepenatan dan hanya pukul 10 famili aku bergerak pulang ke CB. Lepas tu aku flat terus tidur sampai ke pagi.

~dee~ Tadi EPF called, ada aje yang tak cukup dengan permohonan aku tu. Aduhhh... Fikiran aku sudah buntu, apa yang harus aku buat lagi? Susahnya bila sudah punya status 'J' ni...

Monday, June 9, 2008

Pagi yang malas...

Penat semalam buat aku malas sangat nak bangun awal tadi tapi dipaksakan juga kerana aku kena keluar awal ke pejabat disebabkan sekolah juga sudah buka semula hari ini. Patutnya aku ambil cuti hari ini, ye la family aku ada kat rumah kan? Tetapi memandangkan ada kerja yang perlu aku buat hari ini maka terpaksalah kerja juga. Esok tak tahu lagi macam mana... harap-harap bos aku akan luluskan permohonan aku. Dalam pada itu... sekarang ni pun aku malas sangat nak berceloteh kerana dalam masa yang sama tengah pening memikirkan beberapa perkara yang perlu aku selesaikan dengan kadar segera hari ini. Paling tidak ianya boleh jadikan sebab agar bos aku boleh benarkan aku cuti esok... huhuhu.

~dee~ Aku ni sebenarnya penat sesangat...

Sunday, June 8, 2008

Family Day

Family aku sampai sebaik saja aku tiba di KL pagi tadi dari PD. Semalam gi Family Day ofis aku. Nama pun family day, sure hanya yang berfamily je yang rasa enjoy. Kena macam aku yang 'bujang' ni memang boring giler.... tapi dalam boring tu, masa dinner malam tu ada lucky draw dan kali ini aku punya luck baik lak, so aku dapat hp Nokia yang value around 700 in the market (ikut kata adik aku laa... tak tau la betul ke tidak). Jadi la... paling tidak berbaloi gak aku memboringkan diri ke sana. Sebenarnya, aku malas nak pergi tapi kena la pergi gak sebab bos aku Chairman Committee for the event. Nanti apa lak kata bos aku kalau aku tak pergi. Then aku tarik diri seminggu sebelum event kerana parents aku nak datang atas urusan kemasukan Cimot ke UIA tapi nasib baik Julie ada 'to take over', so aku pergi la jugak ke Family Day tu setelah beria dipujuk oleh Z*n* sebab last minute dia nak pergi lak, jadi aku pegi ni cam teman la sebab kami sama-sama bujang... dan dapatlah stay sebilik... hehehe!

Tadi, sebaik je selesai makan tengahari di rumah Julie kami pergi ke Alpha Angle nak beli kasut si Cimot... naik pening aku nak melayan adik aku yang sorang ni. Semuanya tak berkenan dan rasanya dah habis semua kedai kasut kami round, nasib baik ada satu yang dia berkenan kat kedai yang last kita orang masuk... rabak gak duit aku melayang sebab kasut yang dia berkenan tu setaraf dengan kasut yang aku pakai... hehehe. Kalau dah dia dapat sepasang, si Adik pun nak juga... aduhhh! Akak juga yang jadi mangsa... Nak wat camner kan? Harap-harap mereka akan mengenang kakak mereka yang sorang ni bila mereka dah berjaya kelak... huhuhu!

~dee~ Tak baikkan kita mengharapkan balasan bila kita membuat sesuatu kebaikan? Tapi macam kes aku, dengan siapa lagi aku nak mengharap kalau tak dengan darah daging sendiri? Paling tidak adalah juga tempat nak mengadu masa aku tua nanti. Anak pun cuma ada sorang je... huhuhu!

Friday, June 6, 2008

Politik & Kuasa

Ianya berlaku di mana-mana. Apa yang pasti, siapa yang berada di atas pastinya senang-lenang menindas yang di bawah. Kuasa terletak di tangan mereka dan mereka bebas untuk membuat apa jua keputusan demi menjaga 'kedudukan' mereka di atas sana tanpa mengira mereka-mereka yang di bawah ini. Akhirnya siapa yang menjadi mangsa? Ada mereka fikir bahawa tanpa kita yang di bawah ini, apakah mereka boleh duduk senang-senang kat atas sana? Senario ini memang sudah sinonim di dalam mana-mana 'permainan politik' tak kiralah di pucuk pimpinan Negara, di pejabat, di dalam persatuan, dsbg. Mereka yang berada di atas sana makin lama makin senang dan kita yang di bawah ini makin lama makin susah dan terus jadi papa...

~dee~ Sejak pengumuman kenaikan harga minyak semalam buat aku terfikir untuk mengaitkan pucuk pimpinan PM dengan pucuk pimpinan yang ada di ofis aku. Mereka punya persamaan yang agak ketara, senario yang berlaku pun lebih kurang sama saja... yang menjadi mangsa adalah orang-orang macam aku ni dan sewaktu dengannya. Huhuhu!

Thursday, June 5, 2008

Bagaikan melepaskan anjing tersepit...

Itulah peribahasa yang terbaik aku gunakan untuk seorang hamba Allah ini. Masa susah dan dah tak ada orang lain nak diminta tolong, beria-ria la dia merayu dengan aku untuk membantunya. Aku ni yang memang sedari awal ingin menolak terpaksalah terima juga kerana timbul pula rasa kasihan padanya. Bukan apa, hati ini terdetik juga... 'hari ini mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari aku... siapa tahu kan?' Lagi pun tak salah kalau menolong orang yang berada dalam kesusahan. Maka, aku pun setujulah membantunya setakat yang terdaya. Bersusah payah aku bersengkang mata untuk memenuhi permintaannya dan akhirnya selesai juga sebagaimana yang diharap. Ingatkan bila sudah tercapai hajat di hati, dia ingatlah 'janji' dia dengan aku tapi harapan tinggal harapan aje la. Dianya diam menyepi entah ke mana. Geram juga aku dibuatnya. Camni punya manusia pun ada di dunia ini...

Wednesday, June 4, 2008

Macam-macam

Teringat peristiwa yang berlaku 2 minggu lepas.... aku dilanggar oleh seorang mat motor ketika sedang melintas di zebra crossing di depan klcc... Yang aku marah sekali tu dia mamat ni main redah je walaupun pada masa itu lampu isyarat masih lagi merah dan masih ramai yang sedang berjalan melintas jalan. Mamat ni aku rasa bleh dikategorikan sebagai mat rempit kot... Geram tul aku dibuatnya... bukan apa, sakit kaki aku dibuatnya dan sehari lepas itu baru kelihatan lebam di kaki dan lengan aku. Aku rasa brother yang turut sama kena langgar tu pun mungkin terima nasib yang sama macam aku gak. Lepas tu mamat tu pun terus pecut lari gitu je... sure dia takut dan nak lepaskan diri dari kami yang ramai-ramai di situ. Tulah... macam-macam perangai manusia sekarang ni.

Petang tadi aku terima berita dari Jimy yang dia kena samun semasa berhenti di lampu isyarat di Jalan Duta oleh mat motor juga. Masa tu memang tiada kenderaan lain yang berhenti pada masa itu. Hanya Jimy sorang dan kemudian didatangi oleh sebuah lagi motosikal. Katanya mereka berdua dan berhenti benar hampir di sisi motor Jimy. Si penunggang dengan pantas mematikan enjin motor dan mencabut kuncinya. Nasib baik kunci itu berantai ke handle motor kalau tak, sure dia orang dah buang kunci tu jauh dari motor. Manakala dalam masa yang sama, si pembonceng menusuk benda tajam seperti pisau di belakang Jimy dan terus mengambil wallet dan hp di poket seluar dan terus pecut lari pabila menyedari ada kenderaan lain sudah berhenti di belakang mereka. Memandangkan enjin motor sudah dimatikan maka Jimy ambil masa gak untuk menghidupkannya dan terus cuba untuk mengejar mereka. Namun begitu setiba di Jalan Tun Razak Jimy sudah gagal untuk mengesan mereka yang telah hilang entah ke mana. Apa yang boleh dibuat? Mereka pun bijak juga... mereka memang sengaja membuat sesuatu ke atas plate number agar tidak nampak dengan jelas yang mana akan menyukarkan lagi untuk mengesan mereka jika laporan polis dibuat. Nasib baiklah tak jadi apa-apa kecederaan kepada Jimy... duit boleh cari, kalau nyawa? Hissshhh.... kesian lak dengan adik aku yang sorang ni. Macam-macam cara sekarang ni orang nak dapatkan duit dengan cara yang cepat.

~dee~ Hari ini Pak Lah announced harga petrol naik 78 sen dan menjadikan harga minyak sekarang RM2.70, adooiii mahunya makan roti cicah air kosong je la lepas ni... *beras kan dah mahal sekarang ni?* Huhuhu...

Tuesday, June 3, 2008

300th N3

Ini N3 aku yang ke-300. Saja je nak bagi tahu sebab tak tahu nak cerita apa hari ini. Bukan tak ada cerita tapi otak tak leh nak meluahkannya kepada perkataan. Penat sangat kot. Bawah ni gambar Ayee & Deena yang diambil semasa bercuti minggu lepas. Banyak gambar tak download lagi, tak ada masa la...






~dee~ Hari ini aku gi jumpa specialist berkenaan sakit kepala aku tu. Macam-macam test aku buat. Minggu depan jumpa lagi untuk tahu result... Risau sebenarnya, harap-harap tak ada apa-apa yang serius.

Monday, June 2, 2008

Kejap je kan?

Sekarang sudah dalam bulan Jun kan? Cepatnya masa berlalu. Adakah apa yang dirancang untuk tahun ini telah pun tercapai? Kalau dari perspektif kerja, boleh la rujuk KPIs tapi kalau diri sendiri... hanya individu tersebut je yang tahu. Bok bek punya bok bek, sakit kepala aku masih lagi begitu... sekali-sekala datang juga sakitnya. Aku cuma boleh makan ubat saja untuk menghilangkan sakitnya... selebihnya tahan saja la. Dalam sakit-sakit tu sempat lagi aku pergi 'Cuti-cuti Malaysia' dengan Ayee dan ahli keluarga yang lain ke utara dan sekali gus pergi ke kenduri kahwin 'kangaroo' di PP.

~dee~ Selamat Pengantin Baru buat 'Kangaroo' & pasangan, moga bahagia berkekalan ke anak cucu... insyaAllah!