Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2007

Terima Kasih

Kau hadir saat-saat aku benar-benar memerlukan seseorang berada di sisi... terutamanya bila aku berada di dalam keadaan yang tidak berapa stabil, dari segi kesihatan mahu pun perasaan. Kau tak pernah rasa teragak-agak untuk terus bersama membantu... kau akan cari masa untuk aku, walaupun seketika dan seboleh-bolehnya kau mahu lihat aku gembira dan terus gembira... Perhatian kau itu buat aku benar-benar rasa amat terharu. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan... dan aku amat menghargai serta sayang dengan ikatan yang telah terbina di antara kita walaupun kita tidak tahu bagaimana penghujung ceritanya nanti... biarlah DIA dan masa saja yang menentukannya. Apa-apa pun, aku berharap agar suatu hari nanti... tiada lagi manusia-manusia yang akan menyakiti hati ini dan juga hati ahli keluargaku lagi...

Sayang...


Sayang...
Punyai pelbagai definisi
Setiap insan pasti merasainya

Sayang...
Hadir dengan sendirinya
Tanpa perlu ku pamit

Sayang...
Masih tetap di hati ini
Walau pernah ku usir jauh

Sayang...
Ianya memang suci dan luhur
Tanpa perlu disangsi lagi...

Bersabarlah hati...

Memang aku perlu memujuk diri ini untuk bersabar.... bersabar dalam segala hal. Kata orang, kejayaan akan sentiasa bersama orang yang bersabar... Maka, akan ku pujuk hati ini... InsyaAllah!

Monday, October 29, 2007

Some infos about green and brown

Green is the color of nature, fertility, life. Grass green is the most restful color. Green symbolizes self-respect and well being. Green is the color of balance. It also means learning, growth and harmony. Green is favored by well balanced people. Green symbolizes the master healer and the life force. It often symbolizes money. It was believed green was healing for the eyes. Green contains the powerful energies of nature, growth, desire to expand or increase. Balance and a sense of order are found in the color green. Change and transformation is necessary for growth, and so this ability to sustain changes is also a part of the energy of green. Put some green in your life when you want:
@ a new state of balance
@ feel a need for change or growth
@ freedom to pursue new ideas
@ protection from fears and anxieties connected with the demands of others.

People who prefer brown are often conventional and orderly. The negative meaning of brown can be a repressed personality or a lazy person. Brown is the color of the earth and is associated with the material side of life. Brown can mix into many surroundings. It is a mixture of red, blue and yellow and has many shades and tones - each producing a different effect. Brown can be a stabilizing color. The red in brown gives it practical energy while the yellow and blue add mental focus energies. Too much brown can make a dull effect. Brown gives a feeling of solidity, and allows one to stay in the background, unnoticed. Some shades of brown create a warm, comfortable feeling of wholesomeness, naturalness and dependability. Put some brown in your life when you want:
@ a solid wholesome feeling
@ to blend with the background
@ a connection with natural earth and the stability this brings
@ orderliness and convention

p/s Inilah yang aku dapat tapi betul ke apa yang dia orang ni kata? Adalah sikit... yang boleh dikatakan bersangkutan dengan perasaan aku sekarang ni...

Berubah Wajah Lagi...

Sepuluh hari saja bertahan... Dari warna hijau kedamaian... berubah kepada warna tanah pula. Itulah yang menggambarkan mood aku sekarang. Mereka-mereka yang tahu tentang warna ini pasti tahu lebih lanjut akan maksud kaitan sesuatu warna dengan perasaan seseorang... Aku sendiri pun sedang mencarinya... Apa yang aku tahu sekarang.... aku sedang menyukai warna-warna tanah.

Sunday, October 28, 2007

Empat Jam...


Semalam aku 'berdating' dengan seorang rakan lama... rakan yang aku kenal sejak zaman persekolahan dan biasalah, kami memang punya cerita yang agak istimewa pada zaman itu... usia muda remaja lah katakan. Berborak punya berborak... tanpa disedari yang kami telah bersembang hampir empat jam lamanya. Terlalu lama tidak berjumpa... selama ini dengar khabar berita dari mulut orang lain, berbelasan tahun kami tidak bersua muka. Sekali dah berjumpa... terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bersama.... dari cerita tentang rakan-rakan sekolah sehinggalah ke cerita tentang kehidupan masing-masing. Seronok dan hatiku terhibur sekali... Mana taknya, terlalu banyak perkara yang telah berlaku di antara waktu sebelum ini. Masing-masing punya jalanan hidup tersendiri... bukan senang sebenarnya untuk dapat peluang untuk berjumpa semula seperti ini... dan aku tak pernah menjangka yang kami akan dapat berjumpa lagi. Ada juga aku pernah terfikir, kalau kami tidak berpeluang untuk bertemu semula pada waktu ini... mungkin anak-anak kami yang akan dapat peluang tersebut dan secara tidak lansung pada masa itulah kami akan bersua kembali... Siapa tahu kan? Rezeki, jodoh pertemuan dan ajal semuanya ketentuan Tuhan.

Saturday, October 27, 2007

Apa nak cerita ye?


Ada beberapa perkara yang berlaku hari ini tetapi aku seperti tak ada mood untuk meneruskan bebelan aku di sini untuk menceritakan kesemuanya. Kenapa? Aku sendiri tak tahu... Ada beberapa sebab yang berkemungkinan membuat aku jadi begini...


# terlalu gembira malam semalam - lama aku tak ketawa sepuas hati

# terlalu penat & stress dengan kerja - 'kucing' pun dah pergi jauh

# tak berapa sihat - cirit birit pagi tadi

# baru baik dari demam

# kesunyian dan kerinduan

# belum makan lagi - perut pun tak lapar lagi

# ntah apa-apa lagi perasaan yg tak boleh ungkapkan dalam ayat


Entahlah... tidak tahu yang mana satu di antara di atas yang begitu mempengaruhi mood aku kala ini. Selamat berhujung minggu kepada semua... dan selamat memenuhi jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya.

Thursday, October 25, 2007

If I can...


p/s
Bukan tiada apa yang nak diceritakan tapi hari ini aku lebih suka melayan perasaan sendiri... Hendak rehatkan minda... baru baik dari demam kan?

Wednesday, October 24, 2007

Huhuhu...


Dari semalam lagi rasa tak sedap badan, rupa-rupanya aku ni nak demam. Malam tadi suhu badan aku menghampiri 38 darjah celcius. Ingatkan bila sudah makan panadol... tidur dan bila bangun nanti sihatlah semula tapi sebaik saja aku bangun dari tidur, keadaan bertambah teruk... Maka, atas nasihat orang tu... aku paksakan diri untuk pergi berjumpa doktor. Biasalah, bila jumpa doktor... sudah semestinya dapat bermacam-macam ubat terutamanya antibiotik dan sekali gus mendapat MC. Sebaik saja makan ubat... mata jadi mengantuk, aku pun tidurlah. Tengahari baru terjaga.... legalah sikit rasa badan tu dan hari ini adalah hari berehat untukku.

Tuesday, October 23, 2007

Yezzzerrr....


Patulah masa aku memohon cuti raya tempoh hari, bos aku berkata yang aku tak perlu ambil cuti panjang-panjang. Rupa-rupanya dia tidak akan berada di pejabat untuk satu tempoh yang panjang juga selepas raya ni... maka masa inilah aku boleh bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan 2006 yang ada lagi 6 hari itu. Tapi tak bermakna sepanjang ketiadaannya itu aku boleh bercuti sewenang-wenangnya... aku kena dapat clearance dari 'bos kecik' pula sebelum boleh ambil cuti... Apa-apa pun, masa inilah aku nak utilise cuti aku yang 6 hari itu. Kalau tak, it will just burn like that. Rugi... rugi...

Inilah hari-hari ketiadaan 'kucing' dan peluang untuk 'tikus' bermaharaja lela... hahaha!
23-26 Oktober - Budget Workshop di Seri Pacific Hotel
27-30 Oktober - Business Trip to Dubai
11-19 November - Conference di Egypt

Sekarang sudah hampir nak masuk bulan November... satu training pun aku tak pergi lagi baik internal atau external. Aku mesti cari juga ni... nak harapkan HR, lambatlah.... Kalau tak, nanti effect KPI pula bila masa appraisal nanti. Aku nak pergi training apa ye? Pening-pening...

Monday, October 22, 2007

Peluang Kedua...


Aku pernah dengar orang berkata...


Bukan semua orang akan dapat peluang kedua dalam hidup mereka dan jangan sekali-kali persiakannya kalau ia sudah ada di depan mata. Kalau tidak, anda akan menyesalinya seumur hidup.


Betulkah kata-kata itu? Sejauh mana pula kesahihannya?

p/s Hari ini hari lahir Ita, ingatkah dia lagi dengan aku? Apa khabar dia agaknya?

Sunday, October 21, 2007

Drama Hari Raya...

Hujung minggu ini masa aku banyak dihabiskan dengan memerap di rumah dan menonton tv. Walaupun ada jemputan rumah terbuka, aku yang memang malas nak keluar rumah... tak pergi pun memenuhi undangan-undangan tersebut.

Aku ni jarang menonton tv... terutamanya cerita Melayu. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini aku sibuk dengan kerja-kerja jahitan manik. Jadi bila dapat peluang macam ini, hendaklah juga menontonnya tapi drama-drama sempena Hari Raya yang disiarkan itu kebanyakkannya memaparkan cerita sedih saja... geram juga aku. Contohnya, drama Takbir Suci 1 & 2, Lillah dan Cantiknya Buruk. Sudahnya, aku menontonlah cerita-cerita bangsa asing di saluran lain seperti Aruna, KBSW, Hallmarks dan Zee. Kadang-kadang tu, syok lagi tengok siaran dokumentari kat saluran-saluran yang berkenaan.... Tapi kalau ada cerita P.Ramlee aku memang tak menolak... biar pun sudah berpuluh kali menontonnya, tak pernah jemu. Kenapa cerita-cerita sekarang tiada yang dapat menandingi cerita-cerita Seniman Agung itu?

Saturday, October 20, 2007

Mendung...

Cuaca hari ini tidak begitu ceria... seharian mendung dan disulami dengan hujan yang turun dengan begitu lebat sekali bersama sabungan petir dan guruh. Hatiku juga kala ini semendung cuaca di luar sana. Kebelakangan ini keadaan sekeliling begitu kerap mempengaruhi perasaan hati ini. Perasaan ini begitu cepat terusik dengan sesuatu perkara... Mengapa ye?


Petang tadi... sebaik saja aku terjaga dari tidur, aku rasakan hati ini tiba-tiba menjadi begitu sayu terutamanya bila mengenangkan isi-isi 'perbualan' aku dengan seseorang pagi tadi. Dengan tidak semena-mena, air mataku menitis tanpa disedari dan ianya berterusan hingga aku menangis teresak-esak bagaikan kanak-kanak yang baru saja dimarahi oleh ibunya. Mengapa? Arghh... aku tidak dapat menjawab soalan itu. Namun, sebaik saja tangisanku reda... hatiku tiba-tiba merasa lega... serta puas, seolah-olah segala perkara yang terbendung di dalam diri ini telah terhambur keluar melalui rembesan air mataku tadi...

Selepas itu, barulah aku berasa senang untuk bangun dan melaksanakan tanggungjawabku kepadaNya. Sebelum itu, aku berhajat untuk menceritakan apa yang aku lalui ini dengan menghantar email kepada si dia tetapi rasanya adalah lebih baik aku paparkan di sini semoga aku dapat berkongsi sesuatu bersama semua. Kesimpulan yang dapat aku buat, walau apa yang terbendung di dalam perasaan/diri kita - luahkan. Jangan dipendam kerana ia hanya akan memakan diri kita sendiri nanti.... InsyaAllah, kita akan berasa lega selepas itu.

I like this phrase...

"The beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she combs her hair. The beauty of a woman must be seen in her eyes, because that is the doorway to her heart - the place where love resides."

Friday, October 19, 2007

Tetiba saja nak cat rumah kaler hijau...


Warna kadang-kadang mempengaruhi perasaan kita begitu juga sebaliknya... Perasaan aku hari ini begitu tenang dan aman... mungkin kerana itu aku suka dengan warna hijau. Warna itu begitu mendamaikan hati ini.... entahlah, betul ke tidak apa yang aku katakan ini (tak pun, mungkin kerana semalaman aku ditemani dengan titisan air, bak air hujan sedang turun membasahi bumi). Apa-apa pun inilah perasaan aku untuk masa ini...

Banjir...

Hahaha... rumah terletak di kawasan berbukit pun boleh banjir ke? Macam mana tu? Sebenarnya, kebanjiran ini hanya berlaku di dalam rumahku saja... tidak berlaku di rumah-rumah yang lain di persekitarannya...

Semalam... sebaik saja aku tiba di rumah, alangkah terkejutnya aku lihat lantai yang menuju masuk ke bilik telah dipenuhi air. Nasib baik aku tak tergelincir... kalau tak, satu hal juga. Aku terdengar bunyi titisan air yang agak deras dari dalam bilik air... Ehh, terlupa tutup air ke semasa meninggalkan rumah sebelum aku balik cuti beraya tempoh hari? Tak mungkin rasanya... Rupa-rupanya bunyi titisan air itu datangnya dari tangki air yang terletak di bahagian atas di dalam bilik air tersebut... Alamak, apa dah jadi ni? Aku ni manalah tahu dalam bab-bab begini... tapi rasanya mestilah 'floater' kat dalam tangki tu dah tak berfungsi. Agakkan aku sajalah tu... Cuba untuk memaklumkan kepada tuan rumah... gagal. Mungkin dia masih beraya lagi agaknya sebab itu telefon tangannya dimatikan....

Memandangkan waktu sudah agak lewat... nak tak nak, malam tadi aku tidur bertemankan bunyi titis-titisan air... seolah-olah aku sedang berada di dalam sebuah rumah beratap zink, hujan lebat lebat ketika itu dan tidur pula berdekatan dengan cucur atap.... bayangkanlah, memang sukar nak tidur. Aku hanya mampu lelap seketika, sekadar melepaskan rasa mengantuk.... tension juga dibuatnya.

Pagi tadi... aku cuba sekali lagi menghubungi tuan rumah... masih gagal. Aku pun buatlah plan aku sendiri.... yang pasti aku kena ambil cuti kecemasan hari ini. Nasib baik hari ini tiada banyak agenda yang nak dibuat dan masalah tersebut telah pun dapat diselesaikan pada pukul 4.30 petang tadi. Leganya rasa di hati....

p/s walaupun masalah ini telah membuatkan aku rasa sedikit tension tetapi aku berterima kasih kepada si dia kerana telah menceriakan aku hari ini... aku gembira sekali. God Bless U! Hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan menonton babak-babak yang best dalam drama bersiri Winter Sonata dan juga melayari internet... (seketika melupakan kerja yang melambak baik di rumah atau di pejabat)... huhuhu!

Winter Sonata.... Takkan pernah jemu menontonnya. So touching...

Thursday, October 18, 2007

Mula bekerja hari ini

Setelah bercuti selama seminggu... hari ini aku sudah mula bekerja. Pukul 5.30 pagi bertolak dari TI dan sampai di KL lebih kurang 7.30 pagi... dan hari ini, jalan masih lengang lagi kerana itulah aku hanya mengambil masa 15 minit saja dari Plaza Tol Jalan Duta ke KLCC. Sesampai di pejabat, hanya 30% saja staf yang datang dan yang lain-lainnya hanya akan masuk bekerja semula pada minggu hadapan... Masih lagi dalam suasana Hari Raya... ditambah pula dengan situasi yang sunyi sepi, membuatkan aku semacam tiada mood untuk membuat kerja-kerja yang sememangnya tidak pernah habis itu. Bos aku pun ku lihat lebih kurang begitu juga...

Dalam suasana malas itu... hati aku kembali berbunga ceria bila dapat berbual-bual dengan seseorang yang agak lama tidak ku dengar suaranya.... (eh lama ke? baru je beberapa hari sebenarnya...) dapatlah sembang-sembang... update story.

Wednesday, October 17, 2007

Apa yang sedang melanda?

Tak seronok berHari Raya.... siapa yang tidak seronok menyambutnya? Tak seronok bercuti? Tidak juga.... seronok sebenarnya. Maklum sajalah... aku ni bukannya senang nak dapat cuti panjang. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Aku sendiri tak tahu apa yang sedang melanda pada diri ini kerana ianya tidak dapat kuungkapkan kepada ayat-ayat yang mudah difahami. Jenuh aku mencari jawabannya, tapi sampai ke saat ini aku masih tidak menemuinya. Kenapa aku begini? Kenapa dan kenapa?

Dan Ternyata - Kerispatih

Kulukiskan lagi sebuah ingatan
Yang mungkin telah terlupakan
Jauh dulu
Kau sapa hangat hariku
Mengungkap kebahagiaan yang terpendam
Sejenak penuh arti

Mungkin kita tak harus jadi satu
Tapi cukup bagiku kehadiranmu

Dan ternyata…
Kau sanggup mengurung rasaku
Tuk bertemu lagi denganmu
Dan teryata…
Perpisahan dulu mungkin itu luka
Tapi ku tetap menjaga

Mungkin kita tak harus jadi satu
Tapi cukup bagiku kehadiranmu

Dan ternyata…
Kau sanggup mengurung rasaku
Tuk bertemu lagi denganmu
Dan teryata…
Perpisahan dulu mungkin itu luka
Namun ku tetap mengenang dirimu.. di hatiku

Dan ternyata indah..

Saturday, October 13, 2007

Hari Ini Hari Raya...

Semua muslimin dan muslimat sedang menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Seseorang yg ada jauh di perantauan telah pun menyambutnya pada hari Jumaat... Tak kiralah di mana ianya disambut, namun sambutannya pasti meriah. Kanak-kanak terutamanya... Alangkah seronok kalau dapat kembali semula ke zaman itu bukan?

Aku? Sambutannya sama seperti tahun-tahun yang lalu. Persediaannya hanya ala kadar... yang pasti, kelengkapan untuk Ayee mesti cukup. Aku mahu dia gembira seperti kanak-kanak lain... begitu juga untuk dua orang adikku yang masih bersekolah itu... dan tak lupa juga buat Deena dan Haziq. Aku sekeluarga hanya akan berkumpul di hari raya kedua iaitu sebaik saja dua lagi adikku pulang dari beraya di rumah mertua masing-masing... Walaupun sekarang ini jam sudah pun hampir menunjukkan pukul 3 pagi... tetapi di kampungku ini masih lagi kedengaran letupan meriam di sana sini.... kemeriahannya tetap terasa.... Dam Dam Dum... Selamat Hari Raya!

Tuesday, October 9, 2007

Kisah Cintaku - Akhir

Alhamdulillah... semua yang berlaku itu aku terima dengan redha. Sekarang ini aku bahagia dengan kehidupan yang aku lalui sekarang ini... walaupun agak payah untuk memulakannya semula. Tiada apa yang aku inginkan lagi di dalam hidup ini... semuanya serba lengkap. Aku cuma merasa kehilangan yang amat mendalam...

Namun, tiadaku duga... seseorang yang istimewa telah hadir dalam hidupku kini. Kehadirannya benar-benar telah mengisi rasa kehilangan yang aku rasakan itu. Dia datang membawa keceriaan... dan juga berkongsi cerita bersama-sama. Walaupun setelah mengetahui segala yang telah aku lalui, dia masih boleh menerimaku sebagai kawan... malah, cuba sebaik mungkin untuk menggembirakan aku.... Terima kasih. Moga DIA membalas budi baikmu itu. Apa yang boleh aku katakan.... kita hanya boleh merancang dan DIA yang menentukan. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya....

Salam Aidilfitri

Sempena hari baik di bulan yang baik ini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua... Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kebiasaannya aku tidak bercuti panjang tapi tahun ini aku ambil cuti agak lama sedikit, seminggu... lama ke? Apa-apa pun, diharapkan semua persiapan berjalan dengan lancar dan tidak lupa juga untuk mengingatkan kepada mereka-mereka yang bakal memandu pulang ke kampung masing-masing - berhati-hati ketika memandu. Ingat mereka-mereka yang tersayang!

Thursday, October 4, 2007

Kisah Cintaku 3

....cinta yang dilepaskan pergi itulah cinta yang paling dalam bersemadi di dalam hati! - Lily Haslina Nasir

Kita sebagai hambaNYA hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukannya. Aku, juga tak terkecuali dari ketentuan tersebut. Kebahagiaanku hanya bertahan untuk seketika... dan ianya telah diragut di saat-saat aku benar-benar memerlukannya. Dalam senyap, semuanya telah hancur musnah... tinggal aku terjelepuk di dalam kegelapan, terkapar-kapar keseorangan dalam mencari sinar baru untuk hari-hari yang mendatang.

Cinta itu tidak indah kalau tidak terseksa... - Lily Haslina Nasir

Aku bersyukur, berkat doa dan kasih yang tidak bersempadan dari insan-insan tersayang, aku berjaya bangkit semula dari kejatuhan dan hari ini... aku sudah boleh berdiri di atas kakiku sendiri. Alhamdulillah... Aku redha dengan segala yang berlaku itu, malah aku bersyukur kerana ianya telah banyak mengajar aku untuk mengenali warna-warna kehidupan...

HILANG - Dayang Nurfaizah

Bagai semalam ku bersua
Wajah yang memiliki cinta
Masih teguh kupelihara setia
Sanggup kau tinggalkan semua
Membawa segala

Di mana ku letakkan jiwa ini
Seakan berterbangan untuk mencari tempatnya
Hatiku kan selama
Memuja dan menyinta
Kau kekasihku... Hilang
Pergi merantau
Mengapa...

Tak rela diriku terjaga
Belum sedarku buka mata
Siang malam berlalu sama, saja...
Sukar untukku lepasi
Hari yang mendatang

Tak daya menahan air mata
Dan meratapi hiba menyesal dan meronta oh
Hatiku kan selama memuja dan menyinta
Kau kekasihku... Hilang

Jauh melangkah
Tinggalkan semua
Berakhirlah sudah tiada gunanya menyalahi sesiapa
Bangkitkanlah daku segera, dari lena...

Jauh melangkah
Menghilang...
Tiada ku kesalkan
Biarlah... Kurela...

Wednesday, October 3, 2007

Kisah Cintaku 2

Hahaha... bos tak ada, maka aku bolehlah curi-curi masa untuk menyambung cerita. Sebaik saja tamat pengajian aku mula bekerja di sebuah bank asing di ibukota... dalam bidang share market. Market boom masa tu... memerlukan kami bekerja hingga lewat malam dan kadang-kadang menginjak hingga ke jam 1 atau 2 pagi... Setahun di situ aku bertukar ke sebuah bank saudagar tapi masih lagi di dalam bidang yang sama... dan waktu kerja aku tetap tidak berubah. Kesibukan bekerja membuatkan aku tidak punya waktu untuk bersosial. Tambahan pula sejak pertama kali putus cinta, aku jadi macam tiada hati untuk berkawan dengan mana-mana lelaki. Walaupun ada yang sudi tapi aku selalunya menolak niat baik mereka... alasan, aku tidak mahu memikirkan hal-hal yang begitu kerana aku sibuk dengan kerja.

Beberapa tahun aku hidup menyendiri... sehinggalah aku bertemu dengan ex aku. Itupun kerana kami bekerja di bawah satu bumbung. Aku pun tak tahu apa faktor yang menyebabkan aku sudi untuk menjadi suri dalam hidupnya... yang pastinya aku tak mahu lagi mendengar mak aku bising lagi... maklumlah umur aku pada ketika itu sudah melebihi 25 tahun. Walaupun begitu aku bahagia bersamanya sehinggalah kami dikurniakan seorang putera yang telah menyeri hidup kami.... Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak berpanjangan... 'diharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari'...


Bersambung...

Monday, October 1, 2007

Kisah Cintaku 1

Cinta pertama... Betul kata orang kan? Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan dan ianya tidak terkecuali juga pada diriku ini. Sejak kebelakangan ini aku asyik terkenangkan kisah-kisah indah yang kulalui semasa mula-mula belajar bercinta dulu... nak kata cinta monyet, mungkin juga... bak kata orang... dah hujung-hujung baru nak merasa. Agaknya kerana itu ianya tidak berpanjangan. Itu pun masih takut-takut. Maklum sajalah, abah aku tu awal-awal lagi dah bagi amaran, "kalau dah gatal sangat nak bercinta, baik berhenti saja dari sekolah... lepas tu aku kahwinkan kau!"

Yelah... kami kenal pun semasa di Form 6 dan bila masing-masing mendapat tawaran sambung belajar di institusi pengajian tinggi... ikatan yang cinta yang masih rapuh itu pun putus apabila dia telah bertemu dengan seseorang yang lebih istimewa di sana... Pada masa itu aku sedang menghadapi peperiksaan semester terakhir. Teruk juga aku... orang putus cinta pertama kali la katakan, faham-faham sajalah. Walaupun keputusan periksa aku agak terganggu juga tapi aku masih boleh lagi dapat dean's list. Aku pun sebenarnya tak tahu apa yang aku jawab... kerana aku memang tak boleh nak study masa tu... kawan-kawan aku yang tahu kisah aku cakap yang otak aku tu memang dah semulajadi pandai, gifted! Betul ke? Sejak dari peristiwa itu, aku pun macam dah serik nak ada relationship dengan mana-mana lelaki... sehinggalah aku masuh ke alam pekerjaan.

Bersambung....