Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 29, 2010

LAJUNYA MASA BERLALU

Kejap je kan dah nak habis bulan April? Terkejar ke sana ke sini, buat itu dan ini... sihat, tak sihat dan sihat balik... pejam celik, kita dah menghampiri pertengahan tahun. Apa perkembangan setakat ni? Hmmm... hanya rutin biasa...  macam-macam telah berlaku... antaranya satu peristiwa yang boleh dianggap teramat penting kerana ianya telah memberi impak yang amat mendalam pada diri aku... Apakah dia? Maaf, buat masa ini aku tak rasa ingin berkongsi dengan sesiapa pun dan biarlah aku simpan ianya kejap-kejap di hati untuk ingatan diri sendiri... Moga hari-hari yang mendatang, baik-baik belaka untuk diri aku dan juga insan-insan tersayang di sekeliling aku. InsyaAllah...

Sunday, April 25, 2010

TIDUR SEHARIAN

Itulah yang aku buat hari ini... semuanya gara-gara ubat.
Kalo jaga pun, baring-baring... golek-golek... layan lagu...
Nak buat camner, nak sihat kan?
Rasanya, esok larat dah nak gi ofis.
InsyaAllah...


~dee~ Lagu Kita... thanx...
Deras hatiku berdetak
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam teman kita
Dengan angin meniup sayu

Kupetik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang kucipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu

Arah hidup kita
Tergambar bintang di angkasa
Berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Saturday, April 24, 2010

TAK SIHAT

Tak sihat...
Perlu rehat...
Harap-harap semuanya akan pulih dengan segera.
Bila dah dalam keadaan macam ni, mula la teringat layanan istimewa mak.
Minta la apa saja, sure dapat punya. Especially dalam bab makan-makan.
Time ni la baru dapat nak ber'manja'. Hehehe!



~dee~ really need a hug now!

Friday, April 23, 2010

BENARLAH KATA ORANG...

"Jangan bicara soal perjuangan jika gentar akan kekalahan. Jangan bicara soal cinta jika bimbang akan kehilangan."

Mungkin itukah yang aku takuti... iaitu KEHILANGAN?

Thursday, April 22, 2010

JB: 6-7 MARCH 2010

Bukan tak ada apa nak citer... cuma hari ni aku tak berapa sihat, tak ada hati nak brok brek berjela. So saja-saja je post gambar lama, tak la lama mana pun... bulan lepasnya nyer citer. Citer perjalanan nak gi ke Kota Singa. Sebelum tu... transit kat Puteri Pacific sebelum ke sana the next day. Tak de apa yang best pun... cuma sempatlah berjalan-jalan ke shopping complex berdekatan... sudah semestinya kedai buku yang aku cari dan paling kurang sebuah buku pastinya menjadi milikku... hehehe!



sementara lepak-lepak kat lobi, tak de keje... 
snap le gambar bunga-bunga yang ada kat situ... hehehe!

perangai yang tak leh nak buang, 
pantang jumpa yang berkenan... mesti beli, 
2 untuk aku dan satu lagi tu dah semestinya untuk si 'buah hati'
(shud thanx to faee actually...)

Wednesday, April 21, 2010

ICON

Tengah belajar buat icon tuk my own blog... excited and also dah mula rambang mata lak nak pilih icon yang mana satu... tahu-tahu je la aku ni, tak leh tahan lama ngan satu benda/layout. Tengok je la 'rumah' aku ni, ntah berapa kali dah aku tukar 'langsir' pun aku dah tak ingat... everytime aku jumpa yang cantik jer, mula laku aku bersemangat nak tukar kepada yang baru... hehehe!

This one...
or this one...
and this one?



KERINDUAN





~dee~ ntah naper la pagi ni jiwa aku agak melankolik lak...

NEED YOU NOW - LADY ANTEBELLUM

Picture perfect memories scattered all around the floor.
Reaching for the phone 'cuz I can't fight it anymore.
And I wonder if I ever cross your mind?
For me it happens all the time.
It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without.
I just need you now

Another shot of whiskey, can't stopping looking at the door.
Wishing you'd come sweeping in the way you did before.
And I wonder if I ever cross your mind?
For me it happens all the time.
It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now.
Said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without.
I just need you now

Oh whoa
Yes I'd rather hurt than feel nothing at all.
It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
And I said I wouldn't call but I'm a little drunk
and I need you now.
Well I don't know how I can do without.
I just need you now
I just need you now.
Oh baby I need you now



Tuesday, April 20, 2010

TIDUR AWAL BANGUN AWAL

Semalam, aku kepenatan teramat. Fizikal tak berapa sangat, tapi mental. Nak buat apa pun dah malas, bukan malas buat tapi dah malas fikir. Teruk tul aku ni. Camner la kalo aku ada suami dan anak-anak kat umah agaknya ek? Masa tu sure, aku kena fikir nak masak apa untuk mereka... uruskan pakaian seharian mereka... dan macam-macam lagilah hal rumahtangga. Ehh... dulu boleh aje, kenapa lak sekarang tak boleh kan? Sebenarnya kan, perkara tu tak perlu suruh-suruh atau paksa-paksa. Bila dah keadaan mengkehendaki, automatik badan dan minda tu akan melaksanakannya. Lagi pun itu tanggungjawab dan untuk famili, siapa yang tak nak berkorban weiii! Anyway, adakah lagi peluang untuk aku laluinya sekali lagi?



~dee~ Rindu dengan siChenta Hati...

Thursday, April 15, 2010

REALLY LIKE IT!

A compliment to you Prof. Shxxxi... purple, my favourite colour! Huhuhu...



~dee~ So happy, 'buah hati' is in town!

Wednesday, April 14, 2010

AS AT YESTERDAY

Tak nampak banyak perubahan dari yang sebelum ni... cuma di bahagian dapur jer. Dah nampak la rangka kitchen cabinet tu...
Kitchen... view from living room
L shape...

SEMENJAK DUA MENJAK

Ntah naper dalam sehari dua ni rajin lak nak memasak. Tapi yang simple je la (nak jaga diet la kononnya tu), tak perlu nak masak beria-ia sebab hanya untuk perut aku seorang jer. Lagi pun perut aku ni saiz S jer. 

Ni tuk dinner aku malam tadi. First time masak soo hoon goreng, boleh la tahan... (look a like mee hoon goreng kan? Rupa jer sama tapi rasanya lain skit dari mee hoon goreng...)

Yang ini lak, dinner aku malam semalam. Chicken salad + vege... tapi tak ada sayur hijau lansung. Hentam apa yang ada kat dalam fridge tu jer... hehehe!

Monday, April 12, 2010

BETULKAH?

Sambil membaca tadi, aku jumpa phrase ni...
"When true love happens, there would be no question in your heart..."
Ya, aku akui ianya memang benar kerana aku sendiri pernah melaluinya and that love is still there and did not change at all... biar macam-macam yang telah berlaku, namun ianya tak pernah tergugat, malah aku redha dengan apa yang telah ditentukan olehNya. Pada aku, ianya tak perlu dipersoalkan lagi dan hanya masa yang akan memainkan peranannya.

CITER DAH BASI

Tak kira la, citer dah basi ke... apa ke... tapi still nak post gambarnya kat sini... saja-saja sebagai kenangan. Went to this place sometimes in the second week of March.... and am really enjoyed the food we had ordered. Kalo hari-hari camni, bagi aku masa seminggu jer... for sure badan aku leh tukar kepada size XL or even worse to XXXL... hahaha! Anyway, terima kasih yang tak terhingga kepada orang yang sudi belanja tu... mmuahh! Len kali belanja lagi ek? Hihihi... tak malunya aku!



~dee~ My 2nd boss' mother passed away this afternoon.

Sunday, April 11, 2010

Saturday, April 10, 2010

WORKS IN PROGRESS

Hopefully everything will go on as planned... and complete on time. Huhuhu!



~dee~ cam tak sabar jer...

Friday, April 9, 2010

SESUKA HATI JE DIA ORANG NI...

Mula-mula dengar, panas juga rasa hati tu tapi bila dikenangkan kembali kepada orang yang bercakap tu... sejuk sikit rasa hati ni. Memang sudah sedia maklum... orangnya memang begitu, cakap ikut main sedap mulut jer. Bukan nak soal siasat dulu sebelum bercakap. Lepas tu kalau bercakap tu, tak tahu lansung nak guna bahasa yang elok-elok untuk menjaga hati orang. Kadang-kadang aku malu punya kengkawan yang berbangsa Melayu tapi tak punya budi pekerti orang Melayu yang disanjungi yang sepatutnya kita bawa bersama dalam diri kita. Aku malu kepada kawan-kawan aku yang bukan Melayu... kerana pada aku mereka lagi prihatin dan lebih menjaga tutur kata dalam setiap perbualan demi menjaga hati kawan dan juga ikatan persahabatan. Di mana silapnya?


~dee~ Aku redha...

Thursday, April 1, 2010

TIRED

I am tired...
Tired body
Tired mind
Tired soul
I am tired of everything!


~dee~ Hari yang benar-benar mencabar!