aku dan keluarga memang suka kucing dan sudah lama aku berhajat untuk membela kucing
tapi banyak faktor yang membuatkan niat tu tertangguh dari hari ke hari
namun, sampai satu masa Allah telah menunaikan hajat aku itu
actually, ibu kucing yang dipanggil nama Mak Unting ni (kerana dia tengah bunting masa tu)
adalah kucing gelandangan yang selalu datang ke rumah
dan setiap kali dia datang, dia akan bising tuk meminta makan...
tak sampai hati, beli la kibbles untuk dia... sejak tu, hari-hari dia datang singgah makan dan pergi
 |
| 1st delivery, 4 ekor anaknya |
 |
| 4 beradik yang comey & gebusss |
entah kenapa masa dia nak beranak, dia bleh cari-cari tempat kat depan rumah
so sediakan la je kotak kat situ dan dia pun beranak la untuk pertama kalinya
cuma jodoh dengan anak-anaknya tak panjang, tak tahu apa yang terjadi
tahu-tahu je dah hilang begitu saja...
 |
| tengoklah aksi depa ni, camner la tak jatuh hati dibuatnya? |
then on 12 April 2014, dia beranak kali ke-2, perkara yang sama juga kami buat
namun, pada hari kedua, bila pulang dari ofis... dengar anak-anaknya bising kelaparan
tunggu punya tunggu, Mak Unting tak juga balik... seekor anaknya dah lemah dan mati malam tu
maka tinggal la 3 ekor saja... comel-comel belaka dan timbul rasa belas pula pada mereka
 |
| 2nd delivery, 4 ekor juga |
 |
| 4 beradik |
 |
| tinggal 3 beradik, masih tak bernama |
so kelam kabut la petang tu, memikirkan cara macam mana nak rescue bebudak ni
call kengkawan, pegi pet shop... asking what and how to do with these kittens
ye la... mana tak panik, kalo baby orang tau juga la nak sumbat apa kalo dia nangis
ni anak kucing, kecik sangat pulak tu... terima kasih Kak Lin & Uncle kerana banyak membantu
tapi tanpa dakapan serta belaian kasih dari ibu, seekor lagi telah mati keesokkan harinya
sedihnya rasa... tinggal la etam & uteh (nama diberi kerana seekor putih dan seekor lagi hitam)
 |
| comey kan etam & uteh? |
sejak tu, bermula la episod menjaga anak-anak bulus yang cinoni tu...
adventure sangat... mana taknya? renyahnya lebih kurang macam jaga baby kecik juga
pepagi kena bangun awal masak air panas tuk diisi dalam balang kaca
balang kaca tu dibalut dengan tuala dan diletak di dalam bakul
tujuannya untuk memberi haba kepada etam & uteh
dan selalunya mereka akan tidur rapat dengan balang kaca tu
seolah-olah macam mereka tidur berdakapan dengan ibunya
then beri mereka minum susu sebelum pergi kerja
begitulah juga rutinnya pada waktu tengahari, petang dan malam
walaupun ianya menambah lagi keje harian... dan agak memenatkan juga
tapi hari-hari aku mesti tak sabar nak balik umah
bila tengok kecomelan budak bulus ni... hilang segala rasa letih...
....bersambung
~dee~
20 Ramadan 1436
- Posted using BlogPress from my iPhone