 |
| source: google |
apa punya soalan da? dah tentu semua orang pernah mengalaminya kan?
beza hanya stress biasa atau stress yang kronik je
pokok pangkalnya bagaimana kita menanganinya
apasal la tajuk stress pulak yang aku nak bebelkan hari ek?
sebenarnya aku ni nak citer satu perkara pasal kawan aku tu
bukan apa, aku yang mulanya tak stress pun jadi stress sudahnya disebabkan dia
pendekkan cerita, kawan aku seorang ni sedang stress yang teramat
sampaikan pernah admitted
mana taknya, bila dah stress tekanan darah pun naiklah kan?
apasal aku nak stress pulak?
ye la... sebagai kawan yang dah lama berkawan la kan... aku pun concern juga
tapi masalahnya kerana stress dia ni, aku ni dah jadi macam tak wujud lagi pada dia
gamaknya la... habis tu, kita ni terbiar sepi je kat sini
kita call pun payah nak dapat cakap... kalau dapat cakap pun adalah seminit dua
tak ada lagilah macam dulu-dulu... kalau nak jumpa, lepak2 minum kopi memang payah la
kekadang aku rasa, macam dia seorang je yang stress kat dunia ni
hei... kalau nak kata pasal stress ni, aku pun stress juga
ye... aku memang tengah stress gila sekarang ni...
tak main-main... cuma aku jer yang tak gila lagi...nasib baik la kan?
tapi tak la sampai terbawa-bawa kepada orang lain
sebab aku punya style, bila stress especially bab kerja
aku lebih suka divert mind aku luar dari lingkungan suasana kerja
maksud aku, aku cari orang yang tak ada kena mengena dengan kerja
lepak-lepak, borak-borak... kalau dapat gelak ketawa lagi bagus
tapi kawan yang selalu jadi peneman lepak aku tu dah ignore aku
bertambah stress la aku dibuatnya... *sampai hati kan buat aku camni?*
kalau masa kaki aku tak sakit dulu, aku suka pergi berjogging...
bila dah letih, malam terus tidur dengan lenanya...so lupa la sekejap pasal stress tu
ye la kalau nak diikutkan sangat stress keje tu, memangnya tak akan habis
lagi pun kalau kita seorang je yang fikir bagai nak rak pun sampai jadi sakit bagai
tapi kalau team mate yang lain tak pun fikir cam kita...boleh selesai ke masalah tu?
especially kalau yang melibatkan teamwork dalam sesuatu projek...
buat apa la kita nak bebankan otak memikirkannya... take it easy...
find someone, luahkan... or going out somewhere yang luar dari lingkungan kerja
tak perlu lama pun... dapat sejam dua pun dah memadai...
fikirlah... company cuma tau nak achieve target dia orang je...
dia orang bukan peduli sangat pun kalau apa jadi kat kita
kalau kita sakit, ada dia orang kisah?
paling tidak pun dia orang dtg melawat je kita kat sepital
kalau kita mati sekali pun... company kasi duit saguhati kat keluarga
lepas tu mereka cari orang lain ganti...dan jasa-jasa kita terus dilupa bagai angin lalu
sudahnya yang merana, orang-orang yang kita sayangi kan? berbaloi ke?
pasal apa aku nak emo kat sini pulak?
actually, aku nak cakap je direct kat kawan aku ni tapi tak sampai hati
ye la... nak dapat cakap pun payah, inikan pula nak buang masa dengar cocehan aku ni
karang tak pasal-pasal tersentap pulak dengar brok brek aku nanti
dah naik lak darah tinggi dia and the worst, collapse pulak... tak ke naya jadinya?
lagi pun aku ni tak la sezalim mana
kalau aku nak jadi zalim pun, banyak lagi cara aku boleh buat nak pedajalkan dia
yang boleh kucar-kacirkan dia seumur hidup... rahsiamu di tanganku...
tapi disebabkan aku sayangkan ikatan persahabatan kami yang puluhan tahun ni...
aku cuba la untuk bersabar dan akan terus bersabar...yang aku tak tahu sampai bila
kerana setiap kesabaran itu pun pasti ada hadnya... sendiri mahu ingat la kan?
namun aku sentiasa berdoa, agar dipermudahkan segalanya dan semuanya baik-baik je
insyaAllah... amin!
♪♪♫ senyum... senyum...
tak perlu kata apa-apa... ♪♪♫