
Hari ini adalah hari ke-6 kita berpuasa.... namun aku cuma dapat berpuasa 3 hari saja. Sehari kerana demam, batuk dan selsema... yang selebihnya, biasalah... penyakit orang perempuan. Memang sudah jadi kebiasaan pada permulaan berpuasa, aku akan tidak sihat... terkejut badan aku ni kerana kekurangan air kerana aku memang kuat minum... paling kurang pun 2 liter air kosong sehari. Aku tak kisah sangat untuk makan banyak ketika berbuka dan bersahur... tapi aku perlu minum banyak air. Namun begitu, ada juga kebaikannya pada aku kerana pada masa inilah aku tidak perlu sangat menjaga pemakanan aku. Bolehlah nak 'maintain body'. Lagi pun dua hari sebelum berpuasa, aku banyak makan makanan yang sedap-sedap belaka kerana ada beberapa orang kawan belanja aku makan sempena hari jadi aku...
Ketika inilah juga kita berpeluang untuk melebihkan amal ibadah dari hari-hari biasa seperti sembahyang tarawikh, bertadarus dan juga bersedekah kepada yang memerlukan. Jangan lupa juga untuk membayar fitrah... seperti tahun-tahun yang lalu aku akan beri abah wang untuk membayar fitrah untuk kesemua ahli keluarga aku yang berada di bawah tanggungannya termasuklah aku dan Ayee. Tahun ini pula, aku hanya mengambil cuti beraya sehari saja dan akan bekerja semula pada Hari Raya ke-3. Aku saja nak beri peluang kepada kawan-kawan yang sudah berkeluarga dan mempunyai kampung yang jauh dari KL untuk mengambil cuti panjang... lagi pun nanti takut tak ada pula orang nak jaga ofis... hehehe... (80% staf di ofis aku ni beragama Islam) Ok lah... aku tak dapat nak merapu dengan lebih panjang lagi.... Masih tidak terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua!
