Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 29, 2009

Cam lama je tak update...

Ari tu aku cakap aku tak de mood nak bercerita, then lepas tu tetap tak de mood walaupun banyak perkara yang berlaku di antaranya. Entah kenapa, hati aku berlibang-libu... tak tahu nak describe apa yang sebenarnya aku rasa. Biarlah... lama-lama nanti akan hilang lah tu.


Last weekend gi Pesta Buku ngan Cimot untuk kali ke-2. Tu pun sekejap je di awal pagi, tak larat nak bersesak dengan orang ramai sebab aku tak berapa sihat. Dalam sekejap tu, banyak juga buku yang aku borong. Lain kali kalo rajin, aku paparkan gambar buku-buku yang aku beli. Then kami gi umah Jimy. Dapatlah jumpa ngan Scr@mpit dan Deena. Scr@mpit baru je baik dari demam, nampak susut. Kesian dia. Seminggu ni aku tak berapa sihat. Rasa suam-suam badan... pedih-pedih mata, macam nak demam. Jadinya, kalo dah berada dalam keadaan gini.. aku memang suka makan makanan yang berkuah yang masih panas berasap. Lepas tu makan panadol actifast dan pakai baju tebal supaya dapat berpeluh. Kalo dapat tidur dengan berselimutkan blanket tebal, lagi baik. Sok pagi sure ok punya... Maka, malam semalam aku masak maggi sup... sebab itu je yang available kat umah aku, rumah orang bujang la katakan. Lain la kalo kat umah mak, boleh la demand macam-macam. Time ni la baru boleh nak bermanja-manja. Hehehe!


Friday, April 24, 2009

Padamu Kubersujud - Afgan

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah

[*]
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

[**]
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

[***]
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Ulang [*][**][***]

Ulang [**][***]

Pada-MU

~dee~ Masih tiada mood untuk bercerita panjang... feelin' so bad now!

Wednesday, April 22, 2009

Kete aku....

Ni la angka mileage kete aku pada 21 April 2009 kul @ 6.31pg. Cantikkan? Sempat tu amik gambar while driving to work.... hehehe!

~dee~ Banyak citer nak tulis tapi tak de mood la... nanti2 la ye?

Sunday, April 19, 2009

A Little Too Not Over You



Cute kan dia pakai baju melayu? Dah lah dok tengah minat dengar lagu baru mamat nih... Part of the lyric is so touching...

Tell me why,
You’re so hard to forget
Don’t remind me
I’m not over it
Tell me why
I can’t seem to face the truth
I’m just a little too not over you
Not over you

Memories
Supposed to fade
What’s wrong with my heart?
Shake it off, let it go
Didn’t think it be this hard
Should be strong
Moving on
But i see you
Sometimes i try to hide
What i feel inside

Wednesday, April 15, 2009

Hari ini dah keje semula...

Hari ni start keje semula setelah bercuti hampir seminggu. Begitu juga ngan bos aku. Sepatutnya dia cuti lagi hari ini tapi kerana hari ni ada MM dia datang gak keje. Hari ni juga aku menerima 4 bungkusan - 2 sudah sememang ada di atas meja, bermakna sampai semasa ketiadaan aku dan 2 lagi aku terima hari ini. Gembiranya rasa hati... Terima kasih semua... mmmuahhh!


2 bungkusan ini agak istimewa dan biarlah aku je yang tau apa isinya...


Lagi 2 bungkusan kecil yang diterima semalam dan hari ini adalah novel dari Lily Haslina... siap dapat hadiah note book lagi... cute gitu!

Sunday, April 12, 2009

Melaka

Semalam tengahari kami sampai. Aku, Cimot & Deena naik kete Julie & famili. Tak de jalan ke mana pun melainkan ke Dataran Pahlawan... bawa budak-budak, faham-faham je la. Macam-macam karenah. Tak sempat nak nengok-nengok pe-pe pun. Kalo ikutkan aku, baik duduk tido kat bilik je. Tapi kesian lak ngan dia orang. Bukan apa, aku dah selalu nar datang ke sini... buat preview la, bawa international guest jenjalan dan lain-lain. Malam cadangnya nak gi cruise Sungai Melaka... tapi memandangkan anak-anak kecil tu dah kepenatan dan belum sampai 5 minit kereta bergerak mereka dah lena, sudahnya kita orang gi McDonald Drive-Thru kat Mahkota Parade then terus balik ke hotel... Sok pagi ada masa lagi kalo nak jenjalan tapi tengok keadaan la. Takut ada yang nak tido sampai meninggi hari lak. Tengahari dah nak gi kenduri Hazran & Siti kat Batu Berendam... lepas tu terus je balik KL. Sok dia orang nak keje. Aku lain la... cuti lagi sampai Selasa.

Wednesday, April 8, 2009

Cuti konon...

Patutnya aku cuti ari ni tapi pepagi dah bangun... tak rasa cam nak stay kat umah. Gi la opis jap... lepas tengahari balik. Badan pun cam tak berapa sihat tapi bila nak gi jumpa HL adalah rasa semangat sikit... ye lah... dia je tempat aku ngadu dan kongsi cerita. Nak-nak pula sekarang hati ni tengah bersedih dengan apa yang sedang berlaku... Sok-sok sambung citer lagi!

~dee~ "The risk it takes to remain tight inside the bud is more painful than the risk it takes to blossom" - Anais Nin

Tuesday, April 7, 2009

Seminggu berlalu...

Aku masih tak berapa sihat lagi... recovering stage kata orang. Gi gak keje... bos cuti la katakan. At least tak lah berat sangat bebanan keje. Boleh relaks... Sok aku start cuti sampai Selasa depan. Slowly clear cuti tahun 2008. Takut lepas ni tak de peluang nak cuti panjang lagi. Maklum je la... bila bos naik keje nanti, dia dah dalam jawatan baru. Sah-sah work commitment tu makin bertambah... Yang benar-benar, aku nak rehat dan buat keje-keje personal yang banyak tertangguh tu...

~dee~ Sedih mengenangkah apa yang berlaku... mengapakah malang suka sangat singgah di dalam hidup ini?

Wednesday, April 1, 2009

April Fool!

Kalo dulu-dulu, inilah hari yang aku tunggu-tunggu. Ada aje idea nak ngenakan sesiapa je bila tibanya 1 April... tapi sekarang ni dah berubah... dah jadi baik. Kekadang tak ingat pun... kalo tak ada sesaper yang mengingatkan. Bila ada yang membuat, kesian lak nengok mangsa yang terkena tu dan kadangkala rasa tak sampai hati pulak timbul... tulah perubahan usia kan? Masa muda lain... bila dah meningkat umur, lain lak...

~dee~ suara dah serak... demam dan selsema masih tak reda... huhuhu!