Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 31, 2009

Demam, selsema & batuk

Itulah penyakit yang sedang melanda aku sekarang. Dah gi klinik, dah jumpa doktor, dah dapat ubat dan dah makan ubat... tapi tak de perubahan lagi. Kalo ikutkan badan la... memang aku tak larat nak kerja hari ni, rasa nak baring je walaupun tak leh nak lelap. Tapi hari ini, hari terakhir bos aku bekerja sebelum dia pergi bercuti selama 2 minggu dan hari ini juga adalah hari terakhir dia sebagai SGM. Nak tak nak kenalah gagahkan gak ke ofis. Mulai esok, dia akan memulakan tugas baru sebagai VP pulak. Tahniah bos! Sebelum terlupa, terima kasih juga kerana belanja lunch hari ni. Moga murah rezeki lagi hendaknya dan jangan lupa doakan untuk aku bila berada di Tanah Suci nanti!

Monday, March 30, 2009

Tak leh nak lelap...


Tengok gambo si labu tido ngan lenanya... rasa cam jeles je. Agaknya sebab aku sudah dapat cukup tido dalam dua hari ni, tu yang buat mata ni tak mahu nak lelap. Aku ada masa lebih kurang 4 jam je lagi nak tido before starts my 2 hours drive journey sok pagi... huhuhu!

~dee~ ada je yang nak 'mengganggu' waktu tido aku...

Sunday, March 29, 2009

Lepas dah rindu pada Ayee...



Pagi Jumaat lalu, hati masih tak tetap lagi samada nak balik CB atau tidak. Tup tup, masa gi amik Cimot petang tu, barulah terasa berat hati ni nak balik. Tak prepare pe pe pun... terus je drive ke PLUS highway. Sampai CB lebih kurang kul 9 rasanya. Hujan lebat di sepanjang jalan... tak leh nak speeding cam biasa... sebab mata aku ni agak kureng skit memandu di kala hujan lebat, waktu malam lak tu... makanya, akulah driver yang paling berhemah pada masa tu. Hua hua hua... cam tak caya je! Sepanjang 2 hari ni aku tak berapa sihat lak... just aktiviti biasa je yang aku buat. Cuma petang tadi je la lain skit dari biasa... aku naik beskal round2 kg sama Ayee ngan Cimot tapi tak sempat nak gi jauh pun sebab hujan dah mula turun. At least, lenjun gak belakang t-shirt aku tu, kira exercise gak kan? Yang best balik kali ni... sempat melihat si koko dan si labu dapat 4 adik baru... comel-comel belaka. Waahhh... si stokin dah slim semula. Mata dah ngantuk nih. Sok nak bangun awal... pepagi dah nak gerak balik ke KL. Kena hantar Cimot balik hostel dulu... lewat skit nampaknya aku masuk opis sok. Hmmm... sib baik bos cuti. *Amik kesempatan lak aku ni kan? Hehehe....*

~dee~ thanx to HL for your 'assistance', really appreciated it!
Happy 60th birthday to my boss... may all you wishes come true this year!

Friday, March 27, 2009

Kantoi!!!

Jenuh dah cover story... ingatkan dia tak nampak. Rupa-rupanya dia dah lama perasan akan perubahan yang berlaku. Nak tak nak, mengaku je la. Bukan berniat nak rahsiakan perkara ni dari dia tapi aku rasa cam malu nak bercerita. Keadaan masih lagi baru dan samar-samar... diri sendiri pun tak tau nak letak kat mana? Confiuzzz.....

~dee~ terharu... ada gak orang yang perihatin!

Thursday, March 26, 2009

Back to work...

Tak mood nak bercerita... dua hari tak masuk ofis, macam-macam nak update. Biasalah... Chow!


~dee~ harap-harap adalah seseorang yang akan menceriakan hariku, seceria bunga ros di atas.

Wednesday, March 25, 2009

A 2-day Training

Am attending a 2-day training at Berjaya Times Square Hotel which will end today. For me, if you did not fall asleep during the training... means the trainer doing a good job. Experienced trainers normally don't have the problem to tackle their participants and make the sessions fun. In other words, I am still awake and enjoy the training eventhough I don't have enough sleep for the last few days. Hehehe! No mood to write more... chow!



~dee~ B was in town yesterday... & miss Ayee so much!

Monday, March 23, 2009

Nampak sangat dah tak ada keje...

Tu lah... dah tak tau nak buat apa, mata pun tak mahu lelap. Nak buat solat sunat, uzur pulak. So dalam terkebil-kebil ngadap tv, aku sempat gak membelek-belek hp aku tuh. Hmm... banyak benda lagi yang aku tak sempat nak explore lagi walaupun dah lebih setahun aku gunakannya. Ni lah hasilnya...




~dee~ mentang2 dah ada camera digital, camera phone aku ni aku sisihkan je... tu pasal banyak benda yang aku tak tau ada di dalamnya, macam2 boleh buat la... tak abih explore lagi nih, hua hua hua!

Masih terkebil-kebil




Dah tak tau nak wat pe. Mata tak mau lelap... nak merepek-repek pun tak tau nak repekkan apa sebab tak ada mood nak merepek. Maka kita layan gambar yang Cimot hantar ari tu... baru je upload. Gambar kucing feberet aku! Rindulak nak main-main ngan Si Koko gebu nih... bersama abangnya Si Labu... tak pe, hujung minggu ni bleh la kot. Kalo la aku balik CB.

~dee~ geram tul ngan kucing 2 ekor tu... dah besar, umur dah dekat setahun masih lagi nak nenen ngan mak dia yang tengah bunting tuh... ibu mithali tul Si Stokin tu...

Demi Cinta - Kerispatih

maaf ku telah menyakitimu
ku telah kecewakanmu
bahkan ku sia-siakan hidupku
dan ku bawa kau seperti diriku
walau hati ini trus menangis
menahan kesakitan ini
tapi kulakukan semua demi cinta
akhirnya juga harus kurelakan
kehilangan cinta sejatiku
segalanya telah kuberikan
juga semua kekuranganku
jika memang ini yang terbaik
untuk diriku dan dirinya
kan kuterima semua demi cinta
jujur aku tak kuasa
saat terakhir ku genggam tanganmu
namun yang pasti terjadi
kita mungkin tak bersama lagi
bila nanti esok hari
ku temukan dirimu bahagia
ijinkan aku titipkan
kisah cinta kita selamanya


~dee~ tiap kali dengar lagu kerispatih, ia mengingatkan aku pada seseorang... dia masih tetap di hati...

Sunday, March 22, 2009

Ada sedikit kelegaan

Kebelakangan ni hidup aku agak kucar kacir. Fikiran aku bercelaru. Walaupun apa yang melanda itu masih lagi begitu dan tidak tahu bila kan selesai tapi aku rasa ada sedikit kelegaan di hati. Apa yang aku usahakan ada sedikit menunjukkan keberhasilannya dan aku perlu bersabar, lakukannya dengan perlahan-lahan kerana untuk sesuatu kebaikan itu memang lambat kesannya. Begitu juga hubungan aku dengan seseorang. Walaupun aku tak mengharapkan apa-apa darinya tapi cukuplah sekadar perhatian dan keperhatinan yang ditunjukkan pada aku. Paling tidak aku tidak berasa keseorangan... kerana tidak semua orang faham apa yang sedang aku lalui. Terima kasih aku ucapkan.

~dee~ aku rindukan suasana yang lalu...

21 March 2009

Birthday mak yang ke-58. Ku doakan semoga selamat panjang umur, moga diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan bersama abah dan kami semua. InsyaAllah! Hadiah, masa aku balik 2 minggu lepas dah kasi dah... hadiah yang termahal rasanya aku pernah belikan untuk mak, sesuatu yang dia inginkan. Sebelum ni bila sampai harinya... aku asyik kering je, belum cukup bulan maka gaji tak masuk lagi, camner nak beli yang 'mahal' kan? Apa-apa pun, ingatan tu yang paling penting... kalo boleh, tiap-tiap tahun aku nak jadi orang pertama untuk ucapkannya pada mak, tahun ni Sadek yang jadi mangsa untuk laksanakan bagi pihak aku walaupun hanya orang yang ke-2 selepas dia... hehehe!

~dee~ Selamat Ulangtahun juga buat housemate aku... hadiah pun tak seberapa. Memandangkan aku tak suka makan kek maka agak payah juga untuk aku membeli kek untuk sesapa punya birthday pun... hehehe! That is one of my weaknesses.

Tuesday, March 17, 2009

Cuti Sekolah

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja awal pagi semalam aku rasa lain macam, jalan lengang dan dalam 10 minit aku dah sampai ke ofis. Baru aku perasan, cuti sekolah telah bermula. Tu la, sejak Ayee tinggal ngan mak, aku selalu terlupa tentang cuti sekolah. Ayee pun macam dah faham kerana sedari dulu lagi aku jarang dapat mengambil cuti semasa cuti sekolah berlansung. Jadi dia tak ada la bising-bising suruh aku amik cuti untuk pergi bercuti atau luangkan masa bersama. Kekadang tu rasa kesian juga dengan dia tapi nak buat macam mana. Bila masa cuti sekolah je, kerja aku melambak-lambak dan schedule bos aku pun agak padat yang menyukarkan aku untuk ambil cuti. Selalunya aktiviti 'jalan-jalan' tu kami buat bersama di waktu-waktu hujung minggu bila aku balik ke CB. Biar pun sekejap, yang penting kualiti waktu bersama itu. Bila citer-citer pasal ni, terasa rindu lak ngan Ayee. Almost 2 weeks aku tak balik menjenguk dia...




Sunday, March 15, 2009

Ahad yang boring..

Breakfast hari ni hanya dengan se'mug' air kopi pearl dan tiga biji karipap yang housemate beli. Tengahari tak masak, perut pun tak lapar. Kul 3 tadi baru goreng potato wedges. Konon-konon nak buat cam cheezy wedges kfc tuh... tapi kat umah cuma ada slices cheese je so jadi la cam gini... ada rupa tak? Jadilah kan? Kalo Ayee ada ni, sure dia menjerit seronok... hihihi!

Tak ada plan yang utama hari ini melainkan memerap je kat umah. Basuh kain, gosok baju dan bla... bla... bla... Ari tu aku gi Ikea, beli la sarung bantal baru yang memang dah lama nak aku beli sebab hanya kat sana je ada sarung bantal bersaiz besar dengan harga yang agak murah. Tapi tak banyak pilihan warna. Aku dapat beli kaler merah dan cream. At least bleh lah match ngan bedsheet aku yang ada tu. Mula-mula tu macam lain je rasa hati tu nak beli kaler merah sebab itu bukan kaler kegemaran tapi bila dah disarungkan ke bantal, nampak cantik lak. Tetiba rasa cam minat ngan kaler merah pula. Hmmm... nanti nak cari pula kain warna merah pula untuk buat baju. Nak tengok sesuai tak kaler tu ngan aku?

Cerita pasal baju, malam tadi aku ngan housemate gi bazar larut malam kat DK. Aku beli cotton dress. Ni pun dah lama plan nak beli dan memang dah budgeted pun. Pasal tu walau tengah bulan, masih lagi boleh bershopping... siap beli 2 helai lagi sebab masa ianya tengah hot dulu harganya agak mahal so aku pun save le duit banyak tu, tup tup dengan budget yang aku ada aku bleh dapat 2 helai... warna hijau dan putih berbunga oren. Untung juga kan? Hehehe! Aku baru je alter labuh dress ni sebab ianya agak panjang... nanti menyapu lantai lak kalo aku pakai camtu je. Hua hua hua!

Saturday, March 14, 2009

Apa buat hari ini?

Memerap je. Tido, makan, tengok tv, makan dan tido lagi... Itu la aktiviti aku hari ni. Tengahari tadi masak sambal goreng ikan bilis taucu berkicap. Aku main taram je, ye la ikut bahan-bahan yang ada je dan tadaa... ni la hasilnya.

Wednesday, March 11, 2009

Ssshhh.....

Bos tak ada. Berani la nak cuti tulang. Teruk tul aku ni... Ye la... bos cuti, aku pun cuti. Baru start keje pagi ni, petang dia dah kena gi ke Bukit Tinggi. Jadinya tinggal la aku kat ofis sorang-sorang. Lagi pun memang tak banyak kerja hari ni. Rasa macam hari Isnin pulak... malas dan tak bermaya je. Badan tak berapa sihat sebenarnya. Semalam hidung ku berdarah. Pagi tadi mata kiri aku lak tak leh buka, cam kena gam je... dengan taik mata yang banyak. Kata orang, panas dalam badan. Tapi Prof. M cakap tadi, ianya sebahagian dari stress. Betul ke? Mungkin juga...

Tuesday, March 10, 2009

Aku redhaa...

"Hidup ini tidak terlepas dari dugaan tetapi bukan bermakna Allah membenci kita atau sengaja ingin menyusahkan kita. Ada 'sesuatu' yang ingin Dia berikan. Oleh itu, setiap manusia hendaklah menerima ujianNya dengan hati yang tabah, sabar dan redha."

Phrase di atas aku terima dari seorang kawan melalui email...Thanx kerana mengambil berat.

~dee~ Alhamdulillah... aku masih boleh bertahan lagi!

Sunday, March 8, 2009

Tak ada citer menarik

Jumaat lalu aku cuti... tapi semua rancangan cancel disebabkan aku tak sihat. Sepanjang hari aku tidur. Lewat malam baru rasa lalu nak drive balik CB. Nasib baik ada Cimot temankan aku. Semalam pun begitu gak. Seharian aku tidur. Nasib baik mak tak bising, agaknya dia pun dah faham keadaan aku. Lately ni selalu sangat aku tak sihat. Tak menentu sakitnya... kekadang tu sampai tak tahu nak describe tang mana dan camner sakitnya. Entahlah... nak kata tak gi klinik, dah pergi. Makan ubat pun sudah. Aku sendiri dah tak tahu nak kata apa. Kalau nak diceritakan di sini pun, tak semuanya akan faham apa yang sedang aku lalui. Aku hanya cuba memujuk serta menyabarkan hati agar redha dengan takdir dariNya. Itulah yang sebaiknya untuk masa ini kerana DIA yang lebih mengetahui.

~dee~ now mata dah tak nak lelap lak, agaknya sebab dah terlalu banyak sangat tido for the last two days...

Thursday, March 5, 2009

Ngantuk nyer!

Semalam kul 4 dah kuar opis sebab nak gi jemput Cimot ngan kawan dia, Anim. Lepas je maghrib aku terus tertido kerana kepenatan yang teramat dan kul 10 baru bangun. Makan supper, borak-borak sambil tengok tv. Kul 3.30pg tadi gi hantar Anim ke LCCT, sampai umah semula kul 5.30pg dan terus siap-siap untuk gi opis. Perut tetiba je rasa lapar sesangat... so on the way, singgah beli Big Breakfast McD. So now dah habis makan... rasa ngantuk la pulak. Nak tido sat la sebelum bos masuk. Kalo dia dah ada kang, tak leh nak ngular dah... hua hua hua! Chow...

Wednesday, March 4, 2009

Gara-gara hujan lebat semalam.

Ni ler rupanya banjir yang berlaku kat area Jalan Ipoh semalam. Aku terperangkap hampir 2 jam di dalam kesesakan jalan raya semalam. Nasib baik aku keluar agak awal dari pejabat. Aku redah je hujan masih lagi turun dengan lebat pada waktu itu dan dalam perjalanan tu sempat juga mendengar info trafik di radio. Maka, aku pun menukarkan haluan ke jalan alternatif kerana laluan yang biasa aku lalui iaitu Jalan Kuching telah dinaiki air, begitu juga dengan Jalan Ipoh dan Sentul. Sudahnya aku drive menghala ke Jalan Pahang dan terus ke Jalan Gombak tapi terpaksa la melalui Jalan Ipoh seketika untuk menghala ke Bulatan Pahang... kat situlah aku terperangkap hampir sejam setengah. Sebaik je aku melepasi Bulatan Pahang... perjalanan di Jalan Pahang teramatlah lancar hingga sampai umah aku kerana kebanyakkan kereta masih lagi terperangkap di dalam kesesakan di dalam bandar. Aku juga bernasib baik kerana telah melepasi PWTC sebelum pukul 6 ptg... dengar cerita dari kengkawan ofis, ramai juga yang terperangkap di sana. Selepas pukul 8 baru mereka bergerak pulang ke rumah. By that time aku tengah tengok berita di tv. Kesian juga kan dengan mereka-mereka yang terlibat? 'termasuklah aku... sib baik pakai kete auto, kalo tak... balik umah sure kena urut kaki... huhuhu'

...am ok!

So many things had happened in this couple of weeks...
I try to think positive and look forward to the future...
I will try to accept all the obstacles that come to my way as a challenge...
so...
"Bring It On!"

Tuesday, March 3, 2009

I need a hug!

Don't know what was wrong with me today. Feeling sad + angry + bla bla bla! Feeling like to shout out loud! Feeling like to cry! Ohh my God... I need someone! >> to talk with + a shoulder to cry on + a hug! Ohh please... really need someone who understand me!