
Hari aku bangun seperti hari-hari yang lain. Aktiviti sama je setiap hari. Seronok juga bila dah ada blog sendiri ni. Bukan apa, rasa macam tak sabar nak bercerita apa yang telah berlaku dalam kehidupan seharian. Ye la… pada siapa lagi aku nak bercerita? Tinggal di rumah keseorangan… Kawan-kawan? Mereka pun ada life mereka sendiri dan tak semua cerita boleh kongsi dengan mereka. Orang tua aku jauh nun di Teluk Intan. Adik-adikku yang tinggal di KL ni (Jimy & Julie), mereka sudah ada keluarga sendiri dan aku tak mahu mengganggu mereka selalu. Anakku… dia jauh di mata tapi dekat di hati. Kalau harga petrol tak naik lagi… mahu rasanya aku balik jenguk dia seperti mana yang selalu aku buat, tapi nak buat macam mana, kenalah menahan rindu. Jumpa masa cuti sekolah nanti ye sayang! I miss u so much!
Lebih setahun aku memegang gelaran ibu tunggal. Baru aku sedar betapa sukar dan peritnya untuk melalui hari-hari yang mendatang bersendirian. Kerana itulah Allah menjadi manusia ini berpasang-pasangan, hidup dalam belaian kasih sayang dan dalam masa yang sama, menambah bilangan umatNya. Aku cukup rindu akan belaian kasih sayang yang pernahku kecapi dulu… Apakan daya... sudah takdirku begini. Namun begitu, buat masa ini aku rasa amat bersyukur kerana masih ada juga insan yang prihatin dan mengambil berat akan diriku. Ia buat aku rasa disayangi….
Di mana pun ku berdiri, Kau kan tetap kuingati
Kau selalu dekat dalam hati ini
Dan tak pernah sehari pun, Hari-hari yang berlalu
Tanpa aku merindu mu kekasihku
Saat kita berjauhan, Jangan ada rasa bimbang
Kerna cinta menyatukan perasaan
Tak mengira detik waktu, Ingin kulafaz selalu
Aku cinta kepadamu
Walau seribu liku di depanku, Akan tetap aku tempuh
Dalam hatiku kau tak pernah jauh
Walaupun terpaksa ku menunggu, Tanpa jemu dan selalu
Sentiasa dekat di hatiku...
Kau membuat hidup ini, Semakin lebih bererti
Kau miliki kelebihan tersendiri
Aku cinta kepadamu
Kekasih... kepadamu... kekasih
Tiba-tiba aku teringat kata-kata Leo malam tadi…. “Kita perlu buat sesuatu untuk memenuhi impian kita. Ianya takkan datang bergolek tanpa usaha. Apa yang pasti… buat ikut kata hati sendiri. Sekarang ni, kita perlu bahagiakan hati kita dahulu sebelum membahagiakan hati orang lain”. Terutamanya bagi insan seperti aku, mengorbankan hati dan perasaan sendiri demi membahagiakan hati insan-insan di sekelilingku sehingga hati sendiri dilukai begitu parah sekali.
Panjangnya aku berceloteh hari ni. Nanti sambung citer lagi…. Aku nak keluar, cari sesuatu untuk dimakan... lapar giler! Chow dulu...