Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 30, 2010

ALHAMDULILLAH!

Walaupun teruk, ngalahkan budak kecik baru belajar puasa tapi aku berjaya gak... Tu pun sib baik semalam bos tak ada, so tuk menyelamatkan keadaan aku amik half day dan sepetangnya aku tido kelembikkan menunggu waktu berbuka... ha ha ha! Yeah... dee boleh!!!

Tuesday, June 29, 2010

MOGA AKU LARAT...

Hajat untuk mula mengganti puasa hari ni, sekali gus mengambil berkat di bulan Rejab... kul 5 alarm berbunyi aku dah bangun tuk bersahur. Teringatkan match Brazil ngan Chile pagi ni... so sambil bersahur, tengok bola... (nak tengok Kaká yang sebenarnya) ha ha ha! Tak makan apa pun, just buat air susu dan minum air kosong bebanyak... tak ada selera actually. Lagi pun semalam aku paksa diri makan nasi dan kenyangnya masih terasa lagi, pasal tu agaknya tak lalu nak makan apa-apa. As at now, Brazil lead the game... 3-0.


~dee~ Berdoa agar aku larat untuk mendapatkan satu hari, hari ni.

Monday, June 28, 2010

C.I.N.T.A.

cinta perlukan perhatian
cinta perlukan pesefahaman
cinta perlukan kesabaran
cinta perlukan pengorbanan
cinta juga perlukan masa
dan aku?
aku perlukan cinta...


~dee~ tak ada mood untuk berceloteh but still wanna put an entry here...

Friday, June 25, 2010

PAGI-PAGI DAH HANGIN...

Penuh semangat di pagi Jumaat... kononnya nak selesaikan apa yang pending hari ni supaya senang hati nak relaks during the weekend. Tiba-tiba lak ada hamba Allah yang menyebabkan semangat tu terbang dan hilang terus hinggalah habis waktu kerja... memang menguji kesabaran sungguh. Kalo ikut panas hati tu memang nak aku lempang je budak tuh... tapi sib baik masih ada lagi kewarasan dan kesabaran berkat hari Jumaat yang mulia ni. Demi kebaikan semua pihak, bro guard yang tolong mengamankan suasana tu amik 20 je dari tangan aku tuk bagi kat budak tu... itu pun katanya dah kira banyak jugak sebab bukannya tanggungjawab aku untuk bayar ganti rugi tu sebab budak tu yang bersalah. Itulah orang darah muda... cakap dan bertindak tanpa berfikir secara waras...


sejuk hati bila tengok warna purple, my fav...


~dee~ CH: experienced made me became like that... cepat menjadi perasa bila sesuatu berubah dari kebiasaan

Thursday, June 24, 2010

DAH JADI ANTIK!

Aku beli dengan gaji pertama pada September 1993, kalau tak silap aku dengan harga RM280++ (kira mahal juga la... mana taknya, gaji bersih aku dapat hanya 3 angka jer masa tu sebab start keje tengah bulan, first job & first gaji kan?) dan sekali gus jam Orient tu dijadikan hadiah untuk birthday sendiri la kononnya... (sebab masa tu tak de bf lagi, so tak expect la nak terima hadiah dari sesiapa pun).

Semalam, aku pakai jer cam biasa... tup tup sesampai je kat ofis pagi tu baru perasan yang ianya dah mati dan waktu tamat ajalnya kul 1.20pg la kot. Pegi la bawa ke kedai jam tuk ganti bateri kononnya tapi apek tu kata bukan masalah bateri, aku tak puas hati lagi... gi kedai jam lain, still jawapan yang sama aku terima. After the 3rd shop, barulah aku pasrah dan menerima hakikat yang hayatnya hanya setakat itu saja... hampir 17 tahun aku menggunakan 'dia'. Sedih juga dibuatnya tapi ye la kan, sedangkan manusia pun akan mati, inikan benda kecik camni? Sib baik la masa birthday last year aku dapat hadiah jam tangan, bukan satu tapi dua lagi sebagai ganti... hehehe! Kalo tak memang tak berjam tangan la aku dalam beberapa hari ni... huhuhu!



Rupanya masih cantik dan kelihatan macam baru... gold plated 'dia' pun tak luntur walaupun dah macam-macam situasi 'dia' harungi... sampaikan ke dalam mesin basuh pun 'dia' pernah selami, sib baik la tak 'lemas'... Anyway, akan aku simpan jam ni sebagai kenangan... insyaAllah!

Wednesday, June 23, 2010

KELIRU

Aku keliru...
Mana satu yang sebenarnya?
Ditinggalkan atau meninggalkan?
Aku tak faham...

♪♪♫ ...Aku masih seperti yang dulu
Menunggunmu sampai akhir hidupku
Kesetiaanku tak luntur
Hati pun rela berkorban
Demi keutuhan kau dan aku

Biarkanlah aku memiliki
Semua cinta yang ada di hatimu
Apa pun kan kuberikan
Cinta dan kerinduan
Untukmu dambaan hatiku

Malam ini tak ingin aku sendiri
Kucari damai bersama bayanganmu
Hangat pelukan yang masih kurasa
Kau kasih… kau sayang… ♫ ♪♪


~dee~ Tak Ingin Sendiri

Tuesday, June 22, 2010

SOME THINGS ARE BETTER LEFT UNSAID...

MK8 habis tengahari tadi... selesai sudah satu beban. Masih ada lagi bebanan lain which are still unsolve... am too tired to think about it actually but still have to. Otherwise, 'sakit' ini tak akan pulih...




~dee~ Jumpa quote ni dalam magazine yang aku baca masa tunggu turn nak jumpa dr tadi... "I would rather be lonely than being with someone whom never understand me..." and agreed with it.

Monday, June 21, 2010

KETULUSAN HATI - MARSHANDA




~dee~ bila dah terjaga, susahnya nak lelap semula...

Sunday, June 20, 2010

HAPPY FATHER'S DAY

It's only when you grow up, and step back from him, or leave him for your own career and your own home – it's only then that you can measure his greatness and fully appreciate it. Pride reinforces love!

Specially dedicate to Abah & all loving fathers out there!
Thanx for everything.


Saturday, June 19, 2010

HARI YANG PANJANG

Hari ini, seawal 5 pg dah bangun. Nak gosok baju batik rasmi tuk bertugas di majlis konvo ari ni... then nak prepare breakfast & bekal sebab kali ni makanan tak disediakan lak. Lepas siap-siap, aku gi hantar 'buah hati' aku ke umah Jimy dulu tuk dia bawa gi repair lak... sebab tak leh nak tunggu-tunggu minggu lain dah. Takut 'sakit'nya makin teruk dan menjadi 'parah' lak... 'patah kaki' aku dibuatnya. Tu laa... asyik bertangguh jer, dari bulan ke bulan... kan dah jadi camni? Salah sendiri kan? Jadinya hari ni aku kena gi PWTC naik LRT, aduhai... ada transit lagi tu... ngeluh panjang juga laa. Apa taknya, lelah berjalan jauh dan lenguh berdiri lagi, tu yang buat kaki aku jadi sakit... panas berpeluh tak masuk campur lagi. Dah la pakai baju kurung... lencun... huhuhu! Sampai lewat pulak... tapi nasib baik majlis kali ni start lewat, kalo tak memang dah kena sound ler aku tadi. Selepas tamat majlis kul 5 ptg, akut terus mengorak langkah ke stesen LRT... saing-saing ngan adik sorang tu, borak-borak sambil berjalan... tak la terasa sangat kepenatannya. Berjalan dan berjalan... sampai kat stesen Setiawangsa, hujan renyai-renyai... aku redah juga sebab dah tak larat nak berdiri lama-lama. Just nak amik kete jer. Rupanya absorber sebelah depan broke down. Melayang la tiga angka tadi... uihhh bulan ni memang bengkok akak dibuatnya. 5 hari je lagi nak bertahan tuk sampai ke hari penerimaan upah keje bulan ni. Lepak dan borak-borak ngan my bro & SiL... tak sedar dah kul 8, so aku pun gerak balik umah. Tok tek buat itu ini, dah dekat kul 10... barulah dapat nak merebahkan badan sambil ngadap lappy untuk aktiviti biasa. Huhhh... memang hari yang panjang. Jap lagi nak tido to get back the energy... another 3 days to go... huhuhu!
Tengah layan dengar Man Bai nyanyi lagu Sunyi kat Konsert Inspirasi Muzik-Muzik di TV3...



Friday, June 18, 2010

WMQ TERCEDERA



Aku rasa aku yang bersalah sebab itu aku diam, relax and cool aje depan adik tu (actually, she is my officemate - muda lagi sebab tu aku panggil adik, nampak sangat aku ni dah tua kan?). Belum sempat aku berkata apa-apa, adik tu lak beria-ia minta maaf dengan aku dan mengaku akan kesalahannya. Dia kata, "memang salah saya kak, saya yang berangan tadi sebab tu saya tak perasan lansung kereta akak kat sebelah kiri sedang reverse nak masuk parking...". Aku nak kata apa, kalau pada asasnya memang aku tak bersalah tapi rasanya fikiran aku pun masa tu sedang melayang entah ke mana, melayan perasaan yang sedang gundah... Anyway, kerana sikap aku yang relax & cool tu buat adik tu beria-ia minta maaf dengan aku. Tambahan pulak bila aku kata aku tak kisah sebab sikit je 'cedera'nya. Lagi la buat dia rasa lagi bersalah. Kesian lak aku melihatnya. Agaknya, may be kerana dah selalu kena langgar ngan orang la agaknya buat sikap aku camtu, macam dah tak heran jer... tambahan lak yang ni tak seberapa sangat kalau nak compare dengan yang terdahulu... sampai aku pernah terlantar kat rumah hampir 2 bulan sebab kaki dah 'cacat'... huhuhu. Lastly, dia kata dia akan tanggung semua kos untuk repair kete aku tu... beria dia minta nombor akaun aku coz hujung bulan nanti dia nak transfer duit kat aku. Itu semua cadangan dia dan aku hanya mengiakan saja. Ntahlah... yang sebenar-benarnya, fikiran aku memang 'blank' masa tu.



~dee~ Sib baik berlaku kat ofis dan aku tak apa-apa. Kalau kat luar, bila dilihat akan keadaan diri aku yang tengah 'blank' ni... mau 'parah' dibuatnya, kalau tak kete... aku sendiri kot... Hu hu hu!

Thursday, June 17, 2010

NTAH HAPA-HAPA NTAH

Adalah seorang tu, nak kata kenal... macam tak kenal
Senang citer, aku tak kenal dia la...
Dalam diam, kononnya nak tunjuk concern la kan?
So sukahati jer nak bagi komen dan nasihat kat aku...
Sayangnya aku sendiri tak faham apa sebenarnya yang dia nak sampaikan
Sebab aku rasa dia sendiri pun tak faham dengan apa yang sedang berlaku
Lepas tu 'baling batu sembunyi tangan'
Takut orang tahu agaknya?
Eeee... tak fahamlah aku dengan gelagat orang sekarang ni!


~dee~ Rasa terpinggir...

♪♪♫... Menjelma di langit musim berduka lara
Terpinggir sepi hampir putus asa
Melayar hari kelam yang tak bermaya
Dan makna

Hendakku luahkan
Takut makanlah diri
Hendak kusimpankan
Meracuni hati

Hendak ku jeritkan
Takut malu sendiri
Hendak ku diamkan
Kau takkan mengerti... ♫ ♪♪

Wednesday, June 16, 2010

AKU DAH PENAT

Aku sendiri pun tak tahu kenapa dengan diri aku sebenarnya?
Macam-macam perkara berlegar di minda
Tapi aku tak tahu apa dia
I can't figure it out one by one
Apa yang aku tahu semuanya dah jadi kecamuk
I can't voice it out
'Coz no one will understand
Sudahnya aku hanya mampu menangis
Menangis untuk me'lepas'kan segalanya
Namun redanya hanya untuk seketika
Perkara yang sama juga berulang, hari demi hari...
Dan akhirnya aku menjadi buntu
Ditambah pula dengan tekanan faktor sekeliling
Membuatkan aku jadi penat... mental dan fizikal
Hari bertambah hari, bertukar menjadi sakit
Sakit segala-galanya...
Semuanya jadi tak kena
Ada saja yang menjadi mangsa
Dan semua yang negatif mula timbul di fikiran
Hingga tanpa aku sedar
Aku mula menyalahkan ketidakadilan Tuhan terhadapku
Sekali, dua kali... aku boleh anggap sebagai takdir
Tapi berkali-kali dan sampai bila ianya kan berakhir?
Atas kesalahan apa aku di'hukum'?
Aku sanggup dihukum kiranya aku bersalah...
Jenuh aku mencari kesalahanku sendiri...
Bertanya dengan mereka di sekelilingku
Apa salah aku? Namun tiada jawapan yang aku temui...
Susah sangatkah untuk Kau berikan aku peluang
Untuk merasa bahagia seperti orang lain?
Sampai pernah satu ketika, aku rasa give up
Aku dah tak larat untuk menghadapi semua ini...
Saat itu aku rasa ingin pergi jauh... jauh dari 'semuanya'
Ya Tuhan... kalau itu yang Kau mahukan
Maka dengan rela hati aku berserah kepadaMu
Kau ambillah aku...
Agar semuanya berakhir dengan aman tanpa menyusahkan sesiapa...
Walaupun aku tahu 'bekalan'ku tak sebanyak mana
Tapi aku sudah bersedia...
Aku redha...


~dee~ Aku dah mula mere-pere... anyway, aku ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf dari anda semua... halalkan segalanya! CH... with all my heart ILUVM!

Tuesday, June 15, 2010

AKU PUN NAK GAK...

Kekadang orang ada kita pun nak ada juga...
Dulu-dulu aku dah ada tapi tak tahan lama
Entah mana silapnya... hilang begitu aje
Bukan aku tak nak cari gantinya, sudah pun...
Tapi memang tak tahan lama juga
Dan bukan susah juga nak mencarinya lagi
Cuma kekadang yang dapat tu semenggah
Baru-baru ni aku dapat la apa yang selama ini aku idamkan
Tapi serupa macam tak ada jer, dah jadi cam biskut...
Entahlah... aku ni manusia yang malang agaknya
Sentiasa je diregut kegembiraan yang baru nak bertapak di hati...
Kenapa? Di manakah silapnya?

Monday, June 14, 2010

TAK KEJE ARI NI


bila dah penat... keadaan sekeliling pula panas
ditambah pula dengan bebanan fikiran yang macam-macam
dan juga tiada dot dot dot...
yang buat aku sakit kepala beberapa hari yang lepas
dan menjadi teramat sakit sejak semalam...
hingga apa jua ubat pun macam tak lut jerr...
lain tak bukan, tahan jer laaa... hu hu hu!

Sunday, June 13, 2010

TODAY'S STORY

Beberapa hari yang lepas agak bz skit dengan 'tetamu' kat rumah aku. Jumaat tu baru dia orang balik semula ke CB. Semalam, aku dan Julie + Ajiq pergi memenuhi jemputan my auntie di Taman Perepat Indah, Kapar. Kita orang konvoi with another auntie sebab kita orang tak pernah pergi sana lagi, al-maklumlah... my auntie tu baru jer pindah ke rumah baru mereka di sana. About midnight baru tiba di MVS. Memandangkan waktu dah lewat, Julie and her baby tido kat umah aku. Bila dah penat, tido terbongkang la jadinya... subuh gajah ler sudahnya... he he he! Malas nak kuar gi cari breakfast... lagi pun dia org dua beranak tu tak bangun lagi... so aku cadang nak masak untuk brunch jer.

this was our brunch... maggi goreng 'sedap'

Kul 12 lebih baru 'bos besar' datang jemput mereka anak beranak... Lazy Sunday right? So apa lagi... aku pun melepek jer, bermalasan sambil tengok tv. Macam tau-tau jer aku ni dok tengah relax... B who is in Uk right now buzzed & asking me to go online... so we were chatting for a while before I went out to Tesco to buy some groceries. Last week adik-adik dan Ayee ada di sini kan? Maka banyak la barang yang dah habis. Satu perkara yang buat aku geram tadi, time tengah bulan ni la aku terjumpa dan terus berkenan dengan corak langsir yang ada kat situ... harganya boleh tahan la juga. Tapi biasalah aku ni, kalo dah suka dan berkenan dengan sesuatu tu... mana bleh nak tahan-tahan, aku mesti nak beli. Takut nanti sampai kat rumah terkenang-kenang la pulak... dan bila pergi semula kat tempat tu untuk memenuhi hajat di hati, barangnya lak tak ada... tak ke menyesal nanti? Banyak kali dah terjadi camtu... Sudahnya aku beli la juga dan terpaksa la aku swipe kad plastik. Ni sumer gara-gara gatal kaki nak naik ke 2nd floor lah tu... kalo tak, sure selamat duit aku... saper suruh kan? Nak wat camner... lambat laun, memang nak beli gak satu hari nanti kan? Sebab sliding door rumah aku masih 'togel' lagi tak berlangsir... he he he!

bunga tu sebagai perhiasan jerr...

Kurang dah satu item dalam checklist 'things to buy' for my house... No more for this month. Next item kena tunggu next month nyer gaji la pulak. Bawa-bawa bersabar ye dee? Tak lari rumah dikejar... ehh apa je yang aku repekkan ni? Perut lapar la pulok pasal tu dah mula mere-pere... so sambung citer di lain kali la ek... mentang2 fridge tu baru jer refill... tu yang otak aku ni dok memikir apa ye dinner aku malam ni? Kui kui kui!

Update as at 9.45pm... (mood tengah rajin nih... suruh je wat pe, sure settle punyer... he he he!)

These was my dinner... Makan lewat skit and little bit heavy sebab esok nak start puasa ganti yang ada 20 hari lagi (boleh ke?) sekali gus mengambil keberkatan di bulan Rejab.

starter: green seedless grapes, main: paratha & chicken curry

Thursday, June 10, 2010

TERKEJUT & SEDIH

Walaupun dah hampir seminggu aku mendengar tentangnya tapi perasaan terkejut dan sedih itu masih lagi beraja di hati. Jenuh aku mencuba melarikan fikiran kepada perkara-perkara lain. Malah aku cuba menyibukkan diri agar aku boleh melupakannya. Nasib baik Ayee dan adik-adik ada di sini... at least terisi juga masa senggang ku di rumah.

Tak sangka, ada juga rupanya jenis manusia begitu wujud di dunia ni? Sewenang-wenangnya merobek maruah orang sedemikian rupa... Tapi apa nak diherankan... mungkin memang itu sikap semulajadinya. CH wrote this to me yesterday, "Its easier to shoot when you are not around or shoot from the back then run!". It is true... bagi aku itu adalah karakter manusia yang pengecut. Sib baik la aku tak perlu 'berlamaan' dengan orang yang macam tu... syukur! Tuhan itu lebih mengetahui akan hikmah di sebalik setiap kejadian yang diturunkanNya... Wallahualam!   


~dee~ Thanx a lot CH for being 'a shoulder to cry on' when needed...

Wednesday, June 9, 2010

CITER JUMAAT LEPAS

Last Friday... planned to cook spaghetti for dinner for someone special but since we were caught in Friday's heavy traffic, we had to cancel it and eat outside. So we went to WWM. While enjoying the food... something had happened and automatically lost appetite to eat! I am sorry... millions sorry... I ruined everything... huhuhu! Anyway, enjoy the pix...









~dee~ Sorry my dear... len kali kita gi lagi and masa tu everything on me okay! (mode: kecewa sebab tak puas enjoy the food & finish it)

Monday, June 7, 2010

BALIK CB

Sabtu lepas balik CB... ye lah, adik-adik aku sumernya balik takkan la akak tak balik ye tak? Like usual, kalo dah ramai-ramai tu memanglah meriah... Aku sebenarnya, belum benar-benar sihat but have to pretend yang aku baik-baik jer. Cuma suara yang 'seksi' ni jer tak leh nak sorok... hehehe! (but can use as an excuse to say 'am not well, cannot do this and that' la kononya.. hahaha!) Lagi tak best kat sini... BB dia cam hawau, hanya di waktu subuh camni la speed dia laju skit.... tu yang bleh nak update citer tapi kalo upload gambar, berjanggut la skit nunggu nyer. Sok sok bila dah balik ke kota metropolitan aku update citer bergambar lak ek? Hari ni (may be esok pun) aku masih lagi bercuti... dan tak decide lagi bila nak gerak balik ke MVS...

Friday, June 4, 2010

CUKUP KE?

Ni jer lunch aku hari ni... cukup laa tuk menunggu sampai waktu dinner nanti. Plan nak masak spaghetti jer... simple and faster! Tengoklah... kalo rajin arr... hi hi hi!



~dee~
'The Power of Love'

♪♪♫ ....'cause I'm your lady
and you are my man
whenever you reach for me
I'll do all that I can ... ♫ ♪♪

Thursday, June 3, 2010

ADIK ABANG

my tinie minie...
ni adik...

dan ini pula abang... so cute!

so bila dah kenyang... apa lagi yang dia org buat?
tido je la tahunya... hahaha!

Wednesday, June 2, 2010

CHENTA HATI

tanpa sedar masa berlalu...
terkenang si chenta hati...
rindu pun datang...
terbit pula rasa ingin bersua...
kala dapat bersua...
pasti terubat segala rasa itu kan?
 dan paling pasti, hati pun berlagu riang...
betul tak?

Tuesday, June 1, 2010

LAST WEEKEND

Aku balik CB... bukan saja kerana cuti 3 hari tapi juga kerana memenuhi hajat teman-teman yang hendak singgah sebentar kat umah orang tua aku sebelum pergi menyempurnakan jemputan teman yang akan mengakhiri zaman bujangnya pada Jumaat malam tu. Congrats tu Cegu Joi & Cik Merah... moga berkekalan ke anak cucu!

pix credit to kucing kemek... tq2

Malas nak masak tuk dinner, hari Sabtu malam kita orang gi makan kat TI town. Biasalah kalo dah cuti panjang... restoran pun penuh, makanya masa menunggu pun teramatlah panjang hinggakan Samprong dah rasa kebulur teramat. Selesai menjamu selera, meronda lak kat gerbang malam @ bazar larut malam dekat ngan menara condong... nothing much... tak beli apa pun, saja cuci mata jer.

night view...

bila amik gambor, model2 tetap aku ni mesti ader... hihihi!

 ayee, sadek & cimot di gerbang malam