Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 31, 2008

Another Busy Day!


"Only once in a lifetime love rushes in, changing you with the tide." Mariah Carey

Huhuhu! Petang semalam pergi ke raptai Sambutan Hari Wilayah di Stadium Bola Sepak Cheras, kul 10 malam habis dan sampai ke rumah pukul 11 malam. Ingatkan pagi ni nak masuk lewat sikit. Alih-alih masa alarm berbunyi subuh tadi, barulah teringat yang hari ini ada satu Mesyuarat Lembaga Pengarah Susidiari di HQ pada waktu pagi dan Mesyuarat Pengurusan pulak di Angkasa Raya pada waktu petang. Ahhh... walaupun badan ni penat sungguh tapi terpaksa jugalah bangun dan bersiap macam biasa. Nasib baik untuk mesyuarat KSOUM aku dah minta tolong As uruskan. Kalau tak, mahunya pening aku dibuatnya hari ini. Lepas tu, aku kena pack barang-barang yang bos aku nak bawa pergi ke Maldives weekend ni. Wow, bestnya... next week 'tikus-tikus' boleh berkeliaran! Merdeka! Hahaha... 11hb nanti baru 'kucing' masuk kerja semula. Tak sabarnya nak tunggu habisnya waktu bekerja hari ini. Anyway, dapatkah aku balik awal hari ini?

Tuesday, January 29, 2008

Awalnya dah bangun?

Pukul 3 pagi aku dah terjaga. Sambil bermalas-malasan di katil, kedengaran lagu Enrique - Somebody's Me di radio. Layan aje le... Maka, dengan tak semena-mena aku teringat kat Ayee. Rindunya pada buah hati aku tu... Pada hal, baru je semalam aku bersembang-sembang dengan dia di telefon. Mungkin kerana dah beberapa minggu aku tak balik CB berjumpa dengan dia. Kala ini, aku juga merindui seseorang tapi siapalah aku ini. Kalau aku beritahu siapa orang itu, pasti korang kata aku ini 'bagaikan pungguk merindukan bulan'. Hahaha... berangan tak sudah aku ni. Kira ok le tu... sebab ada yang berkata, 'orang yang punya angan-angan adalah lebih baik dari orang yang kosong fikirannya'.


Enrique Iglesias Lyrics
Somebody's Me Lyrics
Somebody's Me Video Clip

Monday, January 28, 2008

Mengapa?

Mengapa mulut sentiasa berbicara tanpa mahu sepakat dengan hati?
Mengapa hati selalu tidak mahu mulut berbicara dengan tulus?
Apakah hati begitu berahsia dengan mulut?
Apakah mulut cemburu dengan ketulusan hati?
Akhirnya badan yang binasa bila hati dan mulut berperang...

p/s: aku tak tahu kenapa hati ini begitu bercelaru di pagi begini...

Sunday, January 27, 2008

Semuanya tak jadi...

Semalam, cakap nak tidur puas-puas hari ini tapi tak dapat juga. Habis tu, macam manalah aku nak tidur? Cuaca teramat panas dan rasa macam kena panggang je duduk kat rumah. Dah hampir dua minggu hujan tak turun. Walaupun di KL dah berapa kali hujan lebat tapi kat area rumah aku ni kering kontang. Nak tak nak, aku dengan Reen dah sepakat nak pergi ke Alpha Angle - boleh la juga sejukkan badan seketika di dalam tempat berhawa dingin sambil-sambil menjamu mata. Dalam menjamu mata, sempat juga aku membeli sebuah buku di MPH - 'Jangan Bersedih' oleh Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni *aku ni memang tak boleh pergi ke kedai buku - mesti gatal tangan nak membeli, biarpun senaskah*. Bila saja selesai saja makan tengahari kami pulang - nak berehat dan tidur, esok dah nak bekerja semula. Namun, kebahangan di dalam rumah buat aku rasa tidak selesa. Lansung tidak dapat nak melelapkan mata. Gelisah dibuatnya sampailah ke saat ini *tapi betul ke kerana cuaca panas, tak pun kerana kekusutan fikiran buat aku gelisah begini?*. Ntahlah, aku sendiri tiada jawapannya...

p/s: Liverpool menang semalam dengan jaringan 4 gol - hampir betul jangkaan aku malam tadi kan?

Saturday, January 26, 2008

Letihnya...

Walaupun kami sudah berjumpa sehari sebelumnya tapi memandangkan dia masih lagi berada di sini maka kami tidak melepaskan peluang untuk berjumpa lagi malam tadi. Bukannya apa, dia ni tak selalu dapat peluang untuk turun ke KL melainkan ada urusan je. Tetiba je aku ada hal kecemasan di Hospital Ampang Puteri tapi kami tetap berjumpa walaupun agak lewat. Apa-apa pun, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama. Paling tidak, lupalah sekejap akan keserabutan yang sedang memeningkan otak aku ni.

Sekarang ni Liverpool tengah kalah... geram punya pasal, tu yang aku sempat larikan diri untuk berceloteh kat sini. Tak pe, banyak masa lagi... sure lepas ni boleh score lagi, paling tidak 3 atau 4 gol ke. Huhuhu... boleh ke? Dia orang ni bukannya boleh dijangka. Sebelum ni asyik draw je... Bola punya pasal, tidur lambat lagi aku malam ni tapi boleh tahan ke mata aku ni? Badan ni dah letih sungguh. Mahunya esok aku tidur sehari suntuk... hahaha!

p/s: Selamat Hari Jadi buat Imah. Moga beroleh kesejahteraan & kebahagiaan di sepanjang 2008 ini.

Friday, January 25, 2008

zzzz....

Kesibukan semalam buat aku tak sempat untuk menyambung celoteh malam tadi. Nak buat macam mana kan? Aku kerja 'extra hours' semalam. Dalam sibuk-sibuk tu, aku nyaris-nyaris terlupa untuk bertemu dengan seseorang malam tadi. Nasib baik semasa aku sedang dinner, dia menghantar sms... serta merta aku teringat akan janji aku padanya. Agak lewat juga kami berjumpa, having a good time together sampaikan tak sedar yang badan tu penat dan embun jantan sudah pun turun. Tu yang mengantuk sekarang ni tapi kerja kena juga diteruskan, ingatkan nak balik awal hari ini tapi nampak gayanya terpaksalah dibatalkan niat di hati. Banyak perkara yang perlu diselesaikan, kalau tidak aku kena masuk ofis esok. Huhhh... malaslah. Aku nak rehat sepuasnya di hujung minggu ini. Itulah kan? Bila umur dah semakin meningkat ini, aku perlu dapatkan rehat secukupnya kalau nak terus 'maintain' seperti dulu. *sedar diri pun... hahaha!*


"You are beautiful...when you let friends have their space, when you believe, when you laugh, or are moved to tears, when you let it just roll right off your back, when you talk about your dreams, when you help a turtle across the road, when you try to do the right thing even when it comes out wrong, when you love." - Anonymous

Thursday, January 24, 2008

Busy Day...

Today's schedule is very tight. However, I wanna drop a few words here to share with you all and will write more later end of the day if time permits.



A positive attitude may not solve all your problems, but it will annoy enough people to make it worth the effort. - Herm Albright



p/s: Dee, don't work hard but work smart! *A reminder to myself*

Wednesday, January 23, 2008

Breathless


BREATHLESS - SHAYNE WARD

If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we'd say I do

And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are

[Chorus]
You leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me
Breathless

And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made

And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are

[Chorus]

You must have been sent from heaven to earth to change me
You're like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You're something special
I only hope that I'll one day deserve what you've given me
But all I can do is try
Every day of my life

[Chorus]

[Chorus]

p/s: I like this song - so touching! Lets watch the video clip here

Hari Ini Cuti Umum


Ahad lalu, PM telah mengisytiharkan cuti umum untuk KL & Putrajaya sempena perayaan Thaipusam. Pheww... lega. Paling tidak, aku tak perlu lagi turut sama sangkut dalam kesesakkan sewaktu pergi dan pulang dari bekerja seperti di tahun-tahun yang lalu. Dapatlah aku membuat agenda aku sendiri tapi nak buat apa ye? Hmmm... macam-macam yang boleh aku buat dan sehari yang ada ini pun sebenarnya tak mencukupi untuk aku buat semuanya. Tapi kalau tak ada mood, tak ada satu perkara pun yang akan langsai dan masa sehari ini aku akan habiskan dengan makan, tidur dan menonton tv saja.

Tuesday, January 22, 2008

Just a thought


Forget about the days when it has been CLOUDY,
but don't forget YOUR HOUR in the sun.

Saturday, January 19, 2008

Seminggu Menyepi

Ke mana ye? Aku ada di sini, cuma masa saja yang cemburu dengan aku. Kesibukkan buat aku rasa begitu sukar untuk mencelah, biar pun hanya seminit. Rindu sebenarnya tapi apakan daya, aku hanya insan biasa yang tidak punya kuasa untuk menentukan segala mengikut kehendak di hati. Alhamdulillah... hari ini aku dapat juga berada di sini seperti yang dihajati.


Sambil memikirkan apa yang aku nak buat di hujung minggu ini, sempat juga aku melihat gambar-gambar dalam simpanan dan akhirnya aku jumpa dengan gambar ini... aku tidak ingat di mana aku dapat gambar ini tapi bila melihatkan budak perempuan di dalam gambar itu, ia telah mengingatkan aku ketika di zaman kanak-kanak dulu. Aku punya kawan sepermainan yang terdiri dari adik-adik dan juga sepupu-sepupuku. Tapi hanya aku seorang saja perempuan *seperti di dalam gambar tu*. Alangkah seronoknya jika saat-saat kegembiraan waktu itu dapat diputar semula. Pada masa itu, di fikiran cuma tahu nak main dan berseronok saja. Penat bermain seharian, balik ke rumah isi perut, rehat dan tidur dan esok boleh pergi main lagi. Tak tahu lansung erti masalah lansung. Biarlah ibu bapa saja yang memikirkan itu semua.

Aku dapat e-mail ini beberapa hari yang lepas. Menarik dan aku ingin berkongsi dengan kalian semua.

CINTA & SAHABAT

Satu hari CINTA & SAHABAT berjalan dalam kampung. Tiba-tiba CINTA terjatuh ke dalam telaga. Kenapa? Kerana CINTA itu buta. Lalu SAHABAT pun ikut terjun dalam telaga. Kenapa? Kerana SAHABAT akan buat apa sahaja demi CINTA! Di dalam telaga CINTA hilang. Kenapa? Kerana CINTA itu halus, mudah hilang kalau tidak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap. Sedangkan SAHABAT masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu. Kenapa? Kerana SAHABAT itu sejati dan akan kekal sebagai SAHABAT yang setia! Lalu hargailah SAHABAT kita selagi kita terasa dia bererti. Walau kita sudah punya pasangan hidup, SAHABAT masih paling setia... Walau kita punya harta banyak, SAHABAT juga tetap paling berharga...

Saturday, January 12, 2008

Thanks my 'Angels'!

When I have no one to turn to
And I am feeling kind of low,
When there is no one to talk to
And nowhere I want to go,
I search deep within myself
It is the love inside my heart
That lets me know my Angels are there
Even though we are miles part.

A smile then appears upon my face
And the sun begins to shine.
I hear a voice, so soft and sweet
Saying, 'Everything will be just fine'
It may seem that I am alone
But I am never by myself at all.
Whenever I need my Angels near
All I have to do is call.

An Angel's love is always true
On that you can depend.
They will always stand behind you
And will always be your friend.
Through darkest hours and brightest days
Our Angel's see us through
They smile when we are happy,
And will cry when we are blue..
Thanks for being my Angel my friend
I will be there for you until the end

p/s Thanks mum & d.f.a for your gentle, kind & loving touch that seemed to hold me near. I feel warmth brush by me that quickly dried my tears. Immediately, I felt so much better & the day seemed brighter too. I guess that's the way you feel when an Angel comforts you!

Friday, January 11, 2008

Kena tag dek Cetot


1. Name one person who made you laugh last night?
No one because I'm at home alone last night

2. What were you doing at 0800?
What ya? Forgot laaa...

3. What were you doing 30 minutes ago?
Sleeping

4. What happened to you in 2006?
Alamak! So many laa... one of it, I got a nephew who was born one day after my birthday

5. What was the last thing you said out loud?
1st time happened recently when I am angry with... (cannot tell who) - really regretted.

6. How many beverages did you have today?
1 mug of milo and 1 glass of sky juice

7. What color is your hairbrush?
Brown

8. What was the last thing you paid for?
Bought a loaf of bread at Kedai Runcit Mamak yesterday

9. Where were you last night?
At home

10. What color is your front door?
Grey

11. Where do you keep your change?
In my purse

12. What’s the weather like today?
Clear

13. What’s the best ice-cream flavor?
I love vanilla

14. What excites you?
Meeting a friend whom I never met for last 15 years

15. Do you want to cut your hair?
Nope, plan to keep it long for the 1st time.

16. Are you over the age of 25?
Of course!

17. Do you talk a lot?
Depends on the person whom I talk with

18. Do you watch the O.C.?
Yes

19. Do you know anyone named Steven?
Yes, my ex-officemate in Bank of America

20. Do you make up your own words?
'Mere Pere'

21. Are you a jealous person?
Not reallly, depends on the situation.

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
Ayee

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
'Kangaroo'

24. Who’s the first person on your received call list?
Early morning... of course my Boss

25. What does the last text message you received say?
Haiyaa, very long laaa... "Ya ALLAH, touch the people I care for, keep them safe & happy, give them love & good health. Bless them specially the 1 reading this msg. SALAM MAAL HIJRAH 1429... Amin!" - Aini Suraya

26. Do you chew on your straw?
Nope

27. Do you have curly hair?
No

28. Where’s the next place you’re going to?
Mecca for Umrah but don't know when is it

29. Who’s the rudest person in your life?
@#$%^&*

30. What was the last thing you ate?
Medicines

31. Will you get married in the future?
Not in my mind yet

32. What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
None

33. Is there anyone you like right now?
Ayee

34. When was the last time you did the dishes?
Last nite

35. Are you currently depressed?
Yes, work & personal matters

36. Did you cry today?
Yes

37. Why did you answer and post this?
Because Cetot tagged me and also just wanna have fun by doing something else, at least I can release my tensed.

38. Tag 5 people who would do this survey.
Whoever read this n3... but not compulsory. Just for fun only... hehehe!

Thursday, January 10, 2008

Salam Maal Hijrah 1429


Orang kata pengorbanan itu sesuatu yang subjektif, sukar untuk dikira dan diangkakan. Malah ia merupakan sesuatu yang amat bernilai, apatah lagi pengorbanan demi Agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Selamat menyambut AWAL MUHARRAM kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga kita semua diberkati olehNYA, dilimpahi nikmat dan rezeki dariNYA, dipermudahkan segala urusan, diterima ibadah kita serta diampuni segala dosa dan peroleh kesejahteraan dan kebahagiaan dariNYA. Aminnnn...

Monday, January 7, 2008

Headache

I got headache. I know, this is not a normal headache and I know, there is no medicine can cure my headache. Only the best solution can cure it but until now I didn't get any. I don't know what I am suppose to do now. Wanna share with someone and get their opinion? I don't who can I trust and if I have one, I don't think they will understand it because it is very complicated to explain. Furthermore, they don't much know about me & my life. Ohhh God... please send me an angel, so she can help me to solve all these!

p/s I am speaking today... ha, ha, ha, something wrong with me.

Sunday, January 6, 2008

Bubbly - Colbie Caillat

I've been awake for a while now
you've got me feelin like a child now
cause every time I see your bubbly face
I get the tinglies in a silly place

[Chorus]

It starts in my toes
and I crinkle my nose
where ever it goes I always know
that you make me smile please stay for a while now
just take your time where ever you go

The rain is fallin on my window pane
but we are hidin in a safer place
under covers stayin safe (*) and warm
you give me feelins that I adore

[Chorus]

What am I gonna say
when you make me feel this way
I just........mmmmmm

[Chorus]

I've been asleep for a while now
You tucked me in just like a child now
Cause every time you hold me in your arms
I'm comfortable enough to feel your warmth

It starts in my soul
And I lose all control
When you kiss my nose
The feelin shows
Cause you make me smile
Baby just take your time now
Holdin me tight

Where ever, where ever, where ever you go
Where ever, where ever, where ever you go
Where ever you go, I'll always know
Cause you make me smile here, just for a while

p/s Selamat Hari Jadi buat Azu - jaga Julie & Haziq baik-baik ye... moga kalian berbahagia selalu. Aku tak pernah lupa, kalau FIL masih ada lagi... hari ini adalah hari jadinya yang ke-69.

Saturday, January 5, 2008

Malasnya

Aku bercuti dua hari saja dan Jumaat aku perlu masuk kerja semula. Memandangkan sehari saja lagi, aku rasa malas pula nak pergi bekerja dan bercadang untuk menyambung cuti tetapi hajat tinggal hajat saja. Aku diperlukan di pejabat. Nak buat macam mana, beginilah kalau dah makan gaji. Bila dah bercuti beberapa hari, faham-faham sajalah - pasti kerja yang melambak sudah menunggu di atas meja. Maka semalam, aku balik lewat kerana perlu menyiapkan kerja-kerja patut. Lagi pun hari ini dan esok cuti. Kepenatan fizikal kadang-kadang boleh buat aku masuk tidur awal tapi terjaganya pun nanti awal jugalah. Jadi sampai ke sianglah aku tidak boleh tidur. Susah sangat aku nak perbetulkan rutin tidur aku ini. Entah bilalah agaknya ia akan jadi normal macam orang-orang lain tu?

Hari ini aku sudah berjanji dengan Jimy untuk menghantar kereta untuk diservis. Kereta aku tu dah tak berapa sedap dipandu lagi... ye lah dah 'overdue' katakan. Sepatutnya sebelum Raya Aidil Adha dulu aku hantar servis tapi masa pula tak mengizinkan, begitu juga dengan keadaan kewangan. Perbelanjaan sekolah Ayee perlu didahulukan pada masa itu. Harap-harap tiadalah apa-apa yang 'ekstra' yang perlu diganti nanti. Tahu-tahu sajalah bila umur kereta semakin bertambah...

p/s Selamat Hari Jadi untuk LSB - moga anda beroleh kesejahteraan dan kegemberiaan di sepanjang 2008 ini.

Friday, January 4, 2008

Syokkan...

kalau aku dapat tidur senyenyak kucing di dalam gambar ni? Sejak kebelakangan ini, aku susah untuk melelapkan mata. Bila dah lelap pula, kekadang tu aku boleh terjaga kerana dikejutkan oleh bermacam-macam bunyi di luar sana... anjing melalaklah, penggera rumah/kereta bebunyilah, kucing berkelahilah, orang 'berperang' pun ada. Bak kata orang, aku ini agak sensitif dengan gangguan yang sebegini. Itu yang buat aku cuma dapat tidur sececah saja kerana selepas itu, sudah semestinya aku tidak boleh menyambung tidur semula. Hmm... maka bersengkang matalah aku sampai ke siang. Aku cemburu tengok orang yang senang nak lena, baik terletak saja kepala sudah boleh berdengkur, tanpa mengira di mana pun malah sambil duduk pun dia boleh tidur. Lepas tu biar bom atom meletup pun, dia takkan sedar... hahaha.

Thursday, January 3, 2008

Pelakon bidan terjun


Semalam, tak pasal-pasal je ada seorang hamba Allah ni kena berlakon untuk aku. Ini semua gara-gara nak selamatkan diri dari keadaan yang tidak menyenangkan. Terima kasihlah, 'lakonan' anda itu benar-benar 'berjaya'. Tak lupa juga aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada si pencetus idea. Tanpa dia, aku pun tak tahu nak buat apa lagi. Maklum sajalah, bila fikiran tengah buntu, perkara yang senang pun tak boleh nak fikir.

Mulut kata lain, hati kata lain

Aku tak tahu mana satu yang perlu aku ikutkan. Adakala, aku akur dengan apa yang aku lafazkan tapi adakalanya pula, aku ikutkan saja gerak hati ini. Sukarnya untuk aku menyamakan apa yang dikata dengan apa yang tersirat di hati. Aku tidak boleh membohongi diri sendiri, apa yang lahir dari hati itu yang benar-benar tulus dan ikhlas. Tapi aku tahu yang aku tidak boleh terlalu ikutkan sangat kata hati ini... Entahlah, aku buntu memikirkannya. Ikut rasa binasa, ikut hati mati... diluah mati emak, ditelan mati bapa.

Wednesday, January 2, 2008

Cuti

Aku cuti hari ini dan esok. Orang lain bercuti di hujung tahun. Aku bercuti di awal tahun. Bukannya apa, aku perlu menghabiskan cuti 2006 aku agar ianya tidak habis begitu saja. Itu pun aku kena apply sebelum masuknya 2008. Bermakna pada tahun ini aku punya 50 hari cuti. Huiissshhh.... jenuh jugalah rasanya nak menghabiskannya. Nampak gayanya aku kena plan cuti aku betul-betul.

Bagi yang punya anak yang telah memasuki alam persekolahan, mereka pasti bercuti pada masa-masa begini untuk menguruskan hal persekolahan anak. Tapi aku bercuti kali ini bukan untuk menyelesaikan urusan tersebut kerana semuanya telah pun selesai pada minggu lepas. Ayee pun dah nak masuk Tahun 3, tak banyak karenah lagi. Apa yang penting, sediakan duit yang cukup dan pasti semuanya beres.

Ayee & Deena di rumah Opah yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri rumah kampung.

Suka lagu ni

TATTOO - Jordin Sparks

Oh, oh, oh
No matter what you say about love
I keep coming back for more
Keep my hand in the fire
Sooner or later, I'll get what I'm asking for

No matter what you say about life
I learn every time I bleed
That truth is a stranger
Soul is in danger, I gotta let my spirit be free

To admit that I'm wrong
And then change my mind
Sorry but I have to move on
And leave you behind

[Chorus]
I can't waste time so give it a moment
I realize, nothing's broken
No need to worry 'bout everything I've done
Live every second like it was my last one
Don't look back at a new direction
I loved you once, needed protection
You're still a part of everything I do
You're on my heart just like a tattoo

(Just like a tattoo, I'll always have you
I'll always have you, I'll always have you)

I'm sick of playing all of these games
It's not about taking sides
When I looked in the mirror, didn't deliver
It hurt enough to think that I could

Stop, admit that I'm wrong
And then change my mind
Sorry but I gotta be strong
And leave you behind

[Chorus]

(Just like a tattoo, I'll always have you
I'll always have you)

[Bridge]
If I live every moment
Won't change any moment
Still a part of me and you
I will never regret you
Still the memory of you
Marks everything i do

[Chorus x2]

Just like a tattoo
I'll always have you

Tuesday, January 1, 2008

Kadangkala

Kadangkala aku rasa hidup ini amat payah dan perit
Dugaannya sering membuat aku menangis
Kadangkala kita terpaksa melaluinya
Supaya kita belajar menjadi tabah
Kadangkala kita terpaksa jatuh
Supaya kita belajar menjadi tega
Kadangkala kita terpaksa berduka
Supaya kita mengenal erti gembira

Kadangkala aku terasa hendak mati
Kerana benci dengan diriku yang lemah ini
Kadangkala aku terasa hendak mati
Kerana aku jadi amat buntu dan keliru
Kadangkala aku terasa hendak mati
Kerana aku tidak tahu erti bersyukur

Ya Allah ya Tuhanku
Jika kesedihan ini untuk mengujiku
Jadikanlah aku insan yang beriman & bertakwa
Ya Allah ya Tuhanku
Jika kesedihan ini adalah ujian dariMu
Jadikanlah aku insan yang tabah
Ya Allah ya Tuhanku
Jika semua ini adalah dugaanMu
Aku harus bersyukur akan nikmat dan kasihMu ini

p/s entah mengapa hari ini perasaan aku teramat melankolik

Beginning today

Beginning today, I will no longer worry about yesterday. It is in the past and the past will never change. Only I can change by choosing to do so.

Beginning today, I will no longer worry about tomorrow. Tomorrow will always be there, waiting for me to make the most of it. But I cannot make the most of tomorrow without first making the most of today.

Beginning today, I am responsible for my own happiness and I will do things that make me happy, admire the beautiful wonders of nature, listen to my favorite music, pet a kitten, soak in a bubble bath. Pleasure can be found in the most simple of gestures.

Beginning today, I will learn something new; I will try something different; I will savor all the various flavours life has to offer. I will change what I can and the rest I will let go. I will strive to become the best me I can possibly be.