Tuesday, August 22, 2017
daily rambling
Dalam dunia ini semuanya bergerak dalam zon masing-masing...
Ada yang masih single
Ada yang kahwing dengan 20 ribu belanja, selepas sebulan dah berpisah
Ada yang sudah kahwin 10 tapi masih belum dikurniakan anak
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah disahkan mengandung...
Ada yang umur 23 dah grad tapi selepas 5 tahun menunggu baru dapat kerja
Ada yang grad pada umur 29 tapi belum konvo dah dapat tawaran kerja tetap
Ada yang muda berumur 25 dah jadi CEO tapi belum capai umur 50 dah meninggal dunia
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan terus hidup sampai 90 tahun
Oleh itu, ingatlah...
Zon masa kita semua tak sama
Bermakna rezeki kita tak sama dengan orang lain...
Dengan itu, jangan kita merasa 'tertinggal' bila nampak orang lain lebih 'kehadapan' dari kita
Masa kita belum sampai...
Seperti Obama retired pada umur 55 tahun tapi Trump 'bermula' pada umur 70 tahun
Zon masa mereka saja yang berbeza tapi sama-sama dapat jadi Presiden US
Ada yang 'laju' kehadapan dari kita dan ada juga yang 'perlahan' tinggal di belakang kita
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan...
Allah adalah perancang yang terhebat
Semuanya telah diatur sebaiknya untuk umatNya
Jangan kita dengki, sakit hati atau bersedih...
Sebaliknya kita patut bersyukur dengan apa yang ada
Tidak ada istilah terlambat atau juga terawal....
You are just on time...
Percayalah.... perancangan Allah adalah jauh lebih baik....
Rezeki kita telah tercatat olehNya
Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan olehNya
So kalau kau tak dapat apa yang kita mahukan itu, reda saja la....
Jangan pula kita menggunakan cara yang tidak baik untuk mendapatkan apa yang dimahukan
Kerana itu akan membawa kepada keburukan di kemudian hari...
Terutamanya dalam mencari rezeki... biar dengan ikhlas lillahi ta'ala...
Rezeki yang halal membawa berkat di dunia dan akhirat...
p/s
exercise hari-hari... tapi tak turun-turun pun... jangan give up k...
belajarlah terima kenyataan...
lemak yang kau ternak dah bertahun tau... takkan boleh hilang dalam 5 hari kan?
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, August 18, 2017
What goes around comes around...
Itulah lumrah alam...
Dengan kata lain... kalau kita buat orang, satu hari nanti orang akan buat kita pula dan perlu ingat, tak semesti orang yang kita buat itu yang akan balas balik perbuatan kita tu tau?
- Posted from my iPhone
Monday, August 7, 2017
KJ
Kami semua di sini panggil KJ, which means Kelana Jaya Office.
First day, ok la... perjalanan ke sana also smooth, balik pun sama... nasib baik office hour flexible... so from now on, aku perlu pastikan masuk sebelum 7.30 pagi agar dapat balik pada 4.15 petang untuk mengelakkan tersangkut di dalam kesesakkan jalan raya. Faham-faham saja la LDP tu... memang undpredictable. Hari ini, Alhamdulillah, sebelum pukul 5 petang aku sudah selamat sampai di rumah....
- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, August 4, 2017
Hari-hari terakhir di Bangi
Selepas 1 tahun 4 bulan di sini... pack barang lagi untuk pindah ke ofis baru. Semuanya gara-gara penstrukturan baru. Apa nak buat, dah nama pun makan gaji... cuma boleh menurut perintah je la kan?
Minggu depan bermula dengan segala yang baru, ofis building baru, bos baru, unit baru, workstation baru, colleague baru (ada juga yang lama), environment baru, work route baru... segalanya barulah... cuma majikan je masih yang sama. Apa-apa pun, moga semuanya dipermudahkan... insya-Allah!
- Posted using BlogPress from my iPhone
Subscribe to:
Posts (Atom)
