Selamat Hari Jadi yang ke-58 Malaysia! Like usual, hari ini mestilah seluruh rakyat Malaysia sedang bercuti. Aku tak terkecuali. Lama sudah tidak melihat acara perarakan kemerdekaan di kaca tv. Kebetulan pagi ni aku punya waktu untuk menontonnya setelah sekian lama tidak ambil peduli. Bukan aku ni tak ada perasaan patriotik, cuma pada hari cuti lah kita punya macam-macam agenda yang nak dibuat so memang tak ada masa la nak ngadap tv kann??? Kebetulan tahun ni cutinya jatuh berkembar dengan cuti hujung minggu, maka ada la peluang nak tengok. Tu la, masa tengok perarakan lalu pentas utama tu, secara tak lansung terkenanglah yang diri ni pernah jugalah mengambil bahagian...
Berbalik kepada tahun 1991, sebagai seorang Komander Rendah Kanan Kesatria mewakili ITM Melaka... kami diamanahkan untuk membawa Bendera Malaysia semasa Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang dibuat di Melaka pada tahun tersebut. Oleh yang demikian, kontinjen kami adalah yang paling hadapan mendahului yang lain...
| yang mana satu aku? |
| aku di barisan di sebelah kiri |
| sebelah kiri, no.5 dari hadapan... itulah aku |
Jenuh sebenarnya nak kasi bendera tu maintain tegang sentiasa. Bukan macam sekarang, bendera dah siap dilekatkan kat pemidang kayu. Pembawa hanya perlu pegang di bahagian pemegang yang telah disediakan. At the same time, kena kawad lagi. Dalam kawad tu kena plak menten sama
langkah dan lurus lak tu. Cer bayangkan brapa banyak kena buat dalam
satu masa? Bila difikirkan balik, macam tak percaya je aku pernah
melalui semua ni. Kalau sekarang la kena buat, memang awal-awal lagi dah
tolak.Apa-apa pun, at least aku ada juga kenangan nak diceritakan tentang penglibatan semasa Sambutan Hari Kemerdekaan.
p/s:
tapikan, aku masih tertanya...
sekarang ni uols rasa kita ni tinggal di dalam negara yang dah merdeka ke?
- Posted using BlogPress from my iPhone