Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 31, 2010

TAK MAMPU BERSUARA

aku hanya mampu diam
dan terus berdiam
walau ada yang nak kusuarakan
aku memilih untuk berdiam
itulah yang terbaik

Friday, July 30, 2010

TOLONG INGATKAN AKU

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

-Ana Raffali-



~dee~ 'terpinggir sepi...'

Thursday, July 29, 2010

'LELAH'

♪♪♫...hujan
menghilang dengan langkahnya
ku merindui
dalam gerimis
yang menghiris...♫ ♪♪

Visa - Dalam Gerimis


~dee~ aku sedar di mana aku berdiri

Wednesday, July 28, 2010

ALANGKAH BAHAGIANYA...

kalau dapat tido camni... nyenyak dan berteman pulak tu!


~dee~ depressed

Tuesday, July 27, 2010

SAMBUNG BAYAR 'HUTANG'

Gigih untuk menyempurnakan hajat. Ye la... tinggal hanya 2 minggu je lagi untuk Ramadhan tiba. Tu yang hari-hari jadi letih dan lesu, ditambah pula dengan stress dari persekitaran yang buatkan aku jadi 'lelah'... Anyway, hidup mesti diteruskan...
Ni la juadah berbuka merangkap sahur aku semalam... pancake with vanilla ice cream!

Sunday, July 25, 2010

'LETIH'

Tak tahu nak describe macam mana
Tapi aku rasa letih
Letih yang teramat sangat
Apa penyebabnya, aku sendiri pun tak pasti
Ntah lah...
Feeling so stress...
Cannot sleep somemore!
Huuaaaa!

Friday, July 23, 2010

2ND DAY

Menyambung bayar hutang puasa... teruk gaks nak mula balik. 14 days to go... hopefully I manage to finish it. Tak de selera makan tu yang buat aku teruk... hari ni gagahkan gak masak apa yang ada kat dalam fridge tu. Paksakan diri makan supaya aku boleh bertenaga tuk esok hari.

YANG SEMPURNAKANKU


♪♪♫...Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu...♪♪♫

Thursday, July 22, 2010

SEMALAM

Fuhhh! What a bz day? Yang benar-benarnya, ianya majlis orang tapi tetiba jer aku ni disuruh jadi 'tukang sibuk' oleh Big B. Nak wat camner kan? Dah arahan... my kerja satu apa pun tak jalan semalam kerana perkara ni. Maka semalam adalah hari senyum dalam terpaksa buat aku... mana taknya, kena la bermanis muka dengan bapak-bapak dan ibu-ibu dari 2 universitas Aceh yang lebih 80 orang tu. Penghujung majlis ada lak persembahan kebudayaan dari kedua-dua universiti. Anyway, it was fun....  & something different...

Balik umah, lepas maghrib jer terus pengsan sampai la alarm tuk makan sahur mengejutkan aku. Tidur pulas tanpa sedar apa... mimpi apatah lagi, tak de lansung... hahaha! Moga aku kuat untuk menyambung semula projek mengganti puasa hari ni...

Tuesday, July 20, 2010

BFF


'Best Fren Forever'?

Betul ke forever? Ntah laa... pada aku, tak ada maknanya. Bukan nak kata apa, aku pun ada best fren tapi itu dulu laaa... Sekarang ni tak de dah. Tak ada kawan ke? Tak la gitu... cuma aku dah malas dah. Serik may be... sebab dah terkena kot... not once tau but many. From there aku realised, lagi rapat seseorang tu dengan kita, lagi banyak dia tahu pasal kita especially our weakness(es) so lagi senang dia nak 'kena'kan kita. Lagi menyedihkan kalau ianya buat sampai hidup kita 'tersungkur'.

Berbalik kepada BFF ni. Sekarang ni orang sana sini sibuk ngan FB... and happened one of my BFF (ehh... ex-BFF) ni nak add aku as her fren. Aku dah lama 'nampak' dia kat muka buku kengkawan yang seangkatan dulu (from the same school) tapi aku tak ada keinginan nak add dia... mungkin kerana 'marah' aku pada dia masih berbaki lagi kot. Tup tup dia lak yang add aku dulu (kalo aku di tempat dia, sampai mati pun aku tak akan berbuat demikian)... so kerana 'marah' tu juga aku buat tak endah je request dia tu. Lama juga... so tiba-tiba semalam rasa bersalah membelengu fikiran aku... aku rasa tak patut lak buat dia camtu. Sudah berbelas tahun perkara tu berlaku... setiap manusia tak pernah lari dari membuat kesalahan kan? Maka kenapa tidak aku maafkan saja dia tu? Moga aku akan lebih tenang lagi di masa akan datang... aminnnn. Dengan itu, semalam juga aku accept dia nyer request dan biarkan sepi je nama dia dalam fren's list aku... aku tak nak lagi 'bertegur sapa' dengannya (yang benarnya, aku tidak mahu memulakannya) dan malam tadi dia yang 'menegur' aku dulu. Aku masih lagi tidak mahu memberi respon kepadanya... tak tahu kenapa tapi hati aku kata jangan... nanti-nanti jer la... dan hanya siang tadi jer aku membalasnya, itu pun tanpa persetujuan hati. Aku tak tahu kenapa tangan aku bertindak tanpa mengikut kata hati tadi. Bila aku terima balasan keduanya kejap tadi... timbul pulak sesalan di hati. Kenapa ye? Patutkah aku teruskan kalau hati berkata jangan? OMG... please help me!


~dee~ bilakah akan dapat berjumpa lagi? rindu banget sama kamu...

Sunday, July 18, 2010

CUTI @ CUTI SAKIT

Cuti since Khamis. Kalau tengok pada bilangan harinya... aku sepatutnya sudah punya cukup rehat dan boleh gi keje dengan badan yang berstamina tapi apa yang boleh aku kata, sebaliknya berlaku. Aku tak sihat dalam 4 hari tu. Masa aku banyak dihabiskan dengan memerap kat umah. Kuar pun, gi jemput and hantar cimot ke hostel. Then ada la gi ke Alpha Angle jap... nak hilangkan rasa boring kononnya tapi lepas tu surrender, badan tu sebenarnya masih tak mampu nak 'bersantai' di luar. Tapi masa kat sana tu sempat lagi aku beli rak buku yang comel... dan aku letakkan koleksi novel yang belum aku baca kat situ. Banyakkan? Lately ni... aktiviti membaca semakin merosot kerana keadaan persekitaran yang tidak mengizinkan, especially bila tahap rabun dekat aku semakin meninggi sampaikan baru-baru ni pakar optik tu kata kerabunan aku tu dah hampir sama ngan tahap kerabunan orang yang berumur 60 tahun... tu yang dia suruh aku kurangkan aktiviti yang menggunakan mata like reading & sewing beads. Sedih... coz itulah hobi aku. Apa nak buat kan? Semakin meningkat umur kita... sikit-sikit nikmat dunia itu ditarik olehNya dari kita... untuk menguji tahap 'kesabaran' kita. Sama seperti di mana tiba-tiba saja aku alah kepada daging sejak 3 tahun yang lalu. Aku harus redha...



~dee~ 'Hanya Ingin Kau Tahu' - Repvblik

Wednesday, July 14, 2010

KUANTAN

At least setahun sekali, aku akan sampai di bumi Kuantan... tak kisahlah atas urusan apa pun, janji dapat jenjalan. Enjoy the pix...

stay kat sini...

view from balcony

view from swimming pool

nearby the beach

beach...

Petang tu drive ke arah Cukai-Kemaman... nak cari tempat makan kononnya. Partner in crime kata dia pernah gi sana so ikut jer la kata dia... Berbaloi-baloi datang jauh-jauh... memang sedap! (free advertisement tuk warung tu kan?). Lepas makan, sempat lagi shopping kepok - kepok lekor & kepok kering...

ni la tempatnya...

sata yang sedap tuh...

nasi goreng cendawan

nasi goreng padprik

Saturday, July 10, 2010

Hmmm...

Semalam bz kat opis.
Balik umah dah kepenatan... lepas maghrib dah tido.
Awal pagi dah bagun...
Gi jogging kat Tmn Rekreasi Metropolitan Kepong.
Lepas breakfast, lepak kat umah Reen.
Tengahari baru tiba di umah semula
Since then buat keje umah tak henti
Azan Maghrib berkumandang barulah terasa kepenatannya
Membersih diri & solat... and now is the time to rest & tengok tv
Esok ada agenda lain lak yang sedang menanti...
Harap-harap cuaca cantiklah... kalo tak, tak jadi la plan... hu hu hu!


~dee~ 'missing you much!'

Thursday, July 8, 2010

YANG MANA SATU?

SPAIN vs HOLLAND

Now dah pening... mana satu nak sokong nih? I like both. Each team has 2 Liverpool players and I like Torres the most... (tak sangka lak Spain leh menang) but as at yesterday I like Holland. Camner ni? Anyway, banyak masa lagi nak decide... Apa-apa pun, 12 July hari penentuan...

Entah kenapa this time around, in every match... aku suka pilih team yang less supporters dia (kat my office laa...), saja nak provoke they all and selalunya team tu yang scored. Jap lagi aku bleh tersenyum lebar dan berjalan ngan bangganya... sebab penyokong German yang paling ramai kat ofis tu sure tayang muka monyok dia orang nanti... ha ha ha! Entah-entah ada yang tak datang keje kot... frust fav. team tak gi final. At the same time, kena wat survey gak... which team yang less supporters for the final, then I will chose that one. Apa-apa aje la si dee ni? Hi hi hi!


~dee~ rindu lagi...

Wednesday, July 7, 2010

I LIKE ORANGE!

Yes... go Orange, go!

Haiyaaa... Camner ni? Kalo German menang sok, aku dah tak tau nak sokong mana... Holland or Germany? Tapi kali ni rasanya aku macam nak berpaling tadah jer ngan German, nak pilih Orange Team la... support that team to win WC for 1st time. Ha ha ha... esok penentuannya!

Lupakan sekejap pasal bola. Rasa cam malas jer nak keje hari ni. Ni la akibatnya bila dah cuti panjang, ditambah pulak dengan berjaga tengok bola... maka bertambah-tambahlah malasnya. Anyway, Cimot dah selamat mendaftar, orang CB pun dah balik petang semalam. Back to normal routine... Nak tak nak, kena gak gi keje... jangan nak cari pasal, periuk nasi tu. Hu hu hu!


~dee~ MUVM!

Saturday, July 3, 2010

SERONOK

...hari ni tak kerja so bleh melepek & bermalasan
...masih lagi berpuasa
...pepagi lagi dah dapat dengar suara my dearests
...semua kerja rumah yang patut aku buat semalam dah settle
...mak, dino & cimot datang tapi tak syok la bila abah & ayee tak datang
...holland menang malam tadi tapi sedih la bila ghana kalah
...esok nak jumpa anak-anak ponakan

~dee~ terubat rasa rindu, at least!

Friday, July 2, 2010

HARI NI

aku...

puasa - 4th day
bz - tapi tak de mood coz today is Friday!
penat fizikal & mental
lembik dah - tu pun dah cukup baik, masih lagi bertenaga
nak makan apa ek nanti berbuka?
rindu ngan my dearest...♥♥♥


~dee~ CH - may you have a safe journey there and back here!

Thursday, July 1, 2010

SUSPEN

Semalam dapat berita yang agak mengejutkan dan buat aku jadi suspen jer sepanjang malam. Rumah neighbour di sebelah pintu kena pecah masuk. Tuannya tiada, just hilang laptop, gitar, wang, electrical goods, dll. Walaupun rumahnya ada grill dan guna padlock yang aku kira besar la (sebab dia punya lebih besar dari aku punya) but still perkara sedemikian boleh berlaku and that was the 3rd case I heard. OMG, even tinggal di dalam kawasan yang ada kawalan keselamatan 24 jam pun masih lagi tak terjamin akan keselamatan kita. Yang betulnya, kat mana-mana pun tak selamat sekarang. Tu yang buat tidur pun tak lena malam tadi. Dah la daya ke'sensitif'ian pendengaran aku agak tinggi, pantang ada bunyi berdetik sikit kat luar tu... cepat jer terjaga dan mula la aku memikir yang macam-macam. Jimy jugalah yang akan jadi 'mangsa' akak untuk tolong buat itu ini weekend nanti. Aduhai...!


~dee~ MUSM!