Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 25, 2009

Naper la...


Selalunya begitulah... bila tiba masa kita benar-benar memerlukan, masa tu la tiada siapa yang available. Sabarlah wahai hati. Tak semuanya yang kita rancang itu akan terlaksana dan tidak semua yang kita hajati itu akan tercapai. InsyaAllah... bila sampai masanya, pasti ada yang menonjolkan diri...

Monday, June 22, 2009

Seminggu dah...

Dah cukup 7 hari aku menjalani hidup sebagai orang 'cacat'. Baru sedar betapa sukarnya untuk meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan begini... terutamanya bila berseorangan. Nak buat macam mana, hanya perkataan sabar sajalah yang boleh diucap untuk memujuk hati ini... InsyaAllah, aku masih lagi bersabar dan berdoa agar aku akan terus bersabar... Aminn!

~dee~ Heppi bessday Zenn!

Sunday, June 21, 2009

Kau yang teristimewa...

Abah memang seorang yang garang. Semasa aku dan adik-adik kecil, kami semua takut dengan dia. Kalo nak apa-apa, mak la jadi orang perantara. Bukannya apa, dia jarang menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terang kepada kami tapi apa-apa yang kami perlukan, semuanya dipenuhi terutamanya dalam pelajaran. Walaupun tak semewah orang lain tapi dia akan menyediakan yang secukupnya supaya proses pembelajaran kami tak terganggu. Cuma dihujung-hujung usianya, aku lihat kasih sayang perlahan-lahan terpamir dari gerak-geri dan juga kata-katanya. Itulah yang aku lihat di saat-saat aku di dalam kesulitan dan kesedihan baru-baru ini. Dia cuba buat yang terbaik untuk aku kerana dia nak melihat aku bahagia dan aku cuba untuk memenuhinya kerana aku juga mahu membahagiakan hatinya. Namun begitu, aku sedih kerana aku tidak dapat mempertahankan kebahagiaan yang dia harapkan itu walaupun aku telah cuba dengan sebaiknya. Maafkan aku, abah! Aku amat berterima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk aku dan juga keluarga. Kami semua sayang abah!

~dee~ nasib baik masih ada yang prihatin dengan keadaan aku yang 'cacat' ni... tqvm

Friday, June 19, 2009

Baru 4 hari...

Boringnyer!!! Mengeluh aje aku ni. Baru je 4 hari, dah rasa cam 4 tahun... ala lama sangat pulak... aku pendekkan sikit jadi 4 minggu la. Camner ni? Aku ni dah biasa tak duduk diam... asyik ke sana ke mari dengan kerja dan juga yang lain-lain selain dari kerja. Sekali kena duduk kat umah dan tak boleh pula banyak bergerak menggunakan kaki, makanya aku jadi mati kutu la. Apa sangat yang boleh dibuat bila di dalam keadaan pergerakkan yang terhad ni? Membaca, bertenet dan menjahi... tu je la pun. Tu pun boring gak... sebab aku tak leh nak duduk lama-lama. Sudahnya, kalo dah banyak baring... maka tido la aktiviti yang paling banyak aku buat selama 4 hari ni. Aku ni sebenarnya nak buat sesuatu yang boleh buat aku bergerak/jalan!!! Kalo bukan kaki yang sakit... mahunya dah jauh aku merayau... Dugaan sungguh! Tapi kalo x kaki yang sakit, doktor pun tak nak kasi aku cuti sakit panjang-panjang kan? Apalah lah ko ni Dee?

~dee~ I am sorry B! Really can't remember! I am telling you the truth. Please forgive me...

Wednesday, June 17, 2009

Grounded!

Semalam Dr. kat Pantai Hospital dah sahkan yang ligamen tumit aku koyak. Katanya, amik masa gak nak baik, antara 4-8 minggu. Kena la aku duduk kat umah diam-diam. Tak boleh banyak buat pergerakkan menggunakan kaki. Mulai semalam juga, kena pakai ankle brace... kaki kanan aku dah jadi macam kaki robot. Seksa gak nak berjalan. So kenalah pakai tongkat. Boleh la kot diklasifikasikan sebagai OKU. Hua hua hua! Ni semuanya gara-gara 2 kemalangan baru-baru ini. Apa nak buat... siap bleh sangka jadi camni. Ingatkan bengkak dan sakit terseliuh biasa je.

ni ler 'kaki robot' aku...



yang tak best sekali, nak jalan kena pakai benda ni... huhuhu!

~dee~ when in this condition, really need someone...

Monday, June 15, 2009

Selang 2 minggu je...

Kul 5pg tadi gerak dari CB. Itu pun kerana Cimot ada kelas pada kul 8pg. Kalo tak, aku nak turun lewat sikit kerana aku tak berhasrat untuk ke ofis pun hari ini. Aku bercadang untuk membuat pemeriksaan lanjut kaki aku yang masih bengkak akibat accident 2 minggu lalu. Selepas hantar Cimot balik ke hostel di PJ, lebih kurang pukul 7pg tadi... kete aku kena langgar lagi tapi kali ini dari belakang pulak. Adoii... apalah malangnya nasib aku. Tak sudah-sudah... Ni semua gara-gara pemandu kete Toyota Unser kat depan aku tu suka-suka je berhenti dan terus membelok kiri di saat-saat akhir. Nasib baik aku sempat brek tapi kete aku yang tak bernasib baik bila tiba-tiba je disodok dari belakang oleh sebuah wira aeroback warna maroon... then sebuah kancil lak menyodok kete wira tu... Aku dah tergamam, tak tahu nak buat apa. Kete kat depan aku dah lesap gitu je tapi dalam pada tu aku sempat lagi menghafal nombor kete tersebut. Pengalaman mengajar aku agaknya. Walaupun hentaman yang agak kuat, hanya skirting kete aku je yang terbarai, plate nombor kete pecah dan beberapa scratches pada bumper. Kerosakkan kete wira dan kancil tu agak teruk gak le... Aku dah tak tau nak buat apa. Memandang tuan punya kete wira dan kancil tu nak buat laporan polis, maka aku pun perlulah ikut serta. Paling tidak aku boleh laporkan tentang kete yang menyebab insiden ni terjadi. Mengikut laporan yang dibuat, terbukti aku tidak bersalah. Nanti-nantilah aku fikirkan samada aku nak claim insuran atau tidak... Trauma dan kesakitan yang aku alami ni perlu diutamakan buat masa ini. Dalam menguruskan hal kete di BP PJ, kesakitan kaki aku makin menjadi-jadi dan ianya dah mula bengkak. Tapi nak buat camner... semuanya kena harungi juga. Selesai hal kete, aku terus berjumpa dengan Dr. Rassi. Dia suruh aku rujuk kepada pakar kerana takut ada yang tidak kena di bahagian dalam yang kita tidak nampak. Nak terus ke hospital aku dah tak larat. Ye lah aku sorang-sorang kena drive ke sana dengan kaki yang sakit ni... *kalau kaki kiri yang sakit bleh gak digagahkan, ini kaki kanan*. Lagi pun aku perlu mendapatkan GL dari PM Care dulu, bermakna aku kena pergi ke ofis dulu sebelum ke hospital. Sudahnya aku balik rumah, berehat. Esok sajalah aku buat tu semua. Aku dah tak terdaya. Dua minggu bleh tahan sakit, inikan semalam lagi... bersabarlah sedikit lagi ye D?

Skirting yang terbarai tu dah aku cabut... simpan dalam bonet. Tak berapa nampak scratches kat bumper tu. Kira kuat gak kete aku ni...

~dee~ Sedih mengenangkan nasib diri, really need a hug now!

Thursday, June 11, 2009

Yea yea... esok cuti!

Seronoknya nak cuti esok. Bleh la aku jumpa dengan seseorang esok. Then bleh gi Low Yat jap. Huhuhu... bestnyer! Selepas semuanya selesai gi jemput Cimot then malam baru hantar Ayee. Hampir dua bulan tak balik CB... hihihi!

Kepenatan

Tak tahulah... pagi-pagi lagi sudah terasa terlalu penat. Penat tang mana, aku sendiri tak tahu... Alangkah baiknya kalau dapat bermalas-malasan di rumah sambil bergurau senda dengan Ayee. Terasa bersalah juga dengan hero aku tu. Aku tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah. Nak buat camner, aku kena gak gi keje. Tapi aku rasa dia lebih suka begitu kerana tiada bebelan yang akan didengarinya, bebas buat apa saja dia nak. Tengok kartun sepanjang hari tanpa gangguan. Kalo kat umah kampung, sure atok & opah dah bising... macam mama dia juga. Opah ada mengadu, rasa sunyi sangat bila cucu sorang tu tak ada. Hehehe... kesian gak ngan orang tua tu. Adatlah kan? Bila ada... kita bising itu dan ini, bila tak ada lak... barulah terasa kesunyiannya sebab dah tak leh nak pot-pet lagi. Jangan risau opah, sok malam Ayee balik!

p/s Yang sebenarnya, Ayee tu kena denda. Pasal tu kena stay kat umah sorang-sorang. Bukan apa, opah ngadu yang result Matematik dia tak berapa bagus dalam exam yang lepas. So aku pun gi la beli buku latihan Matematik yang berkaitan dan suruh Ayee buat latihan-latihan tu semasa ketiadaan aku di rumah. Waktu malam, aku akan check latihan yang dia buat tu. Tapi aku bagi la dia kelonggaran untuk tengok tv sambil menyiapkan latihan yang diberi...

~dee~ Harap-harap cuti esok approve.

Tuesday, June 9, 2009

Masih lagi cuti sekolah...

Cuti sekolah ni masing-masing mengambil cuti untuk bersama dengan keluarga. Jalan pun lengang je... pegi dan balik keje tak perlu bersesak. Aku je tak dapat berbuat demikian, biasalah tu. Walaupun aku sepatutnya perlu berehat je kat rumah kerana kaki ni perlu berehat, tak boleh banyak bergerak. Bila banyak gerak je, maka makin membengkaklah kakiku itu tapi nak buat camner, dah kerja kenalah tahankan je. Anyway, Ayee ada kat sini so aku tak lah aku rasa bersalah sangat walaupun aku tak dapat nak bawa dia gi jenjalan ke mana-mana...

ni le gambar kaki aku sehari selepas accident tu... kurang sikit bengkaknya dari sehari sebelumnya kerana aku duduk rehat kat rumah je... tak banyak gerak

pagi tadi, masih lagi bengkak... malah lebih besar dari gambar kat atas tu sebab aku banyak bergerak kat ofis hari ni...

Gambar ni sempat aku amik masa dalam perjalanan balik dari kenduri kahwin di Shah Alam dua minggu lepas... bebudak dua orang ni dah kelelahan selepas bergelak ketawa dan bergurau senda di sepanjang perjalanan. Mereke berdua ni pantang berjumpa... serasi bersama macam adik abang walaupun mak bapa lain-lain...

Sunday, June 7, 2009

Apa cer?

Duduk umah je la... kaki masih sakit. Bengkak dah susut kalo aku tak banyak bergerak tapi bila aku banyak berjalan dan sebagainya, ia mula bengkak semula. Nak minta Kak Leha urut tapi dia lak tak ada kat umah, balik kampung katanya. Tadi housemate aku kata, masa dia nak gi dan balik ofis tadi... jalan kat MRR2 sesak. Musim cuti sekolah, banyaklah orang buat kenduri. Warga kota masing-masing bergerak keluar dari KL. Parking lot kat umah aku ni ha, hampir kosong... hanya kete aku dan dua tiga buah kete lain je yang ada. Kesian ngan Ayee... dia pun terpaksa ikut cam mama dia memerap je kat umah. Nak wat camner kan?

~dee~ Terasa sunyi dan sepi je...

Friday, June 5, 2009

Kaum Hawa - Krisdayanti

hampir saja aku meragukan semua
ragu apa? aku bisa bahagia
denganmu sayang ternyata ku senang..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang..

[*]
ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
ku pantas bahagia..

dosa itu di depan mata
ku menyakiti kaum hawa
dia yang tlah lama denganmu
dan masih denganmu uh..
masih saja denganmu..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang oh..

(back to * 2X)

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
aku juga pantas bahagia..

ku tak ingin jadi isteri yang muda
ku juga tak mahu kau lepas dia
biar saja aku yang pergi kasih
semoga kau bahagia..


~dee~ terkenang nostalgia lalu.

Thursday, June 4, 2009

Macam-macam

Macam-macam berlaku pada hujung minggu lepas. Ayee bersama ahli keluarga yang lain tiba pada hari Sabtu malam. Petang Sabtu tu kawan aku dari Kirchdorf sampai. Since family aku ada, maka aku postponed untuk berjumpa Regina kepada hari Ahad selepas segala urusan dengan keluarga selesai. Memandangkan masa yang tak banyak, aku bawa dia ke Putrajaya. Sebelah malam nak bawa dia gi Naili's... dia kata nak cuba Malaysian Foods.




Nak dijadikan cerita, malam tu dalam perjalanan nak pergi makan... di Jalan Tun Razak, sebuah kereta Iswara hitam tiba-tiba datang dari kiri, melanggar kereta aku. Habis kemek bahagian pintu penumpang hadapan dan lansung tidak dapat dibuka pun. Yang sedihnya, sebaik je aku turun dari kereta... terus saja pemandu dan rakannya memarahi dan memaki hamun aku dengan nada suara yang cukup tinggi seolah-olah mereka tu boleh menakutkan aku dan membuat aku lebih rasa bersalah. Aku tahu aku tidak salah kerana aku berada di lorong yang betul so aku buat bodoh je la. Memang tak ada budi bahasa lansung. Dah lah tu siap suruh aku bayar lak. Bila aku tak nak bayar, sebab tu dia orang bengang dan siap ugut lagi tu. Apa punya manusia la... masa tu la juga aku kaki terpeot dan tumit aku terus terseliuh. Bengkak teramat kaki aku... macam kaki gajah. At the end, aku blah camtu je... tak kuasa aku nak layan. Baik aku gi balai buat report... at least, nanti aku bleh claim je dari insurance company kete dia orang... dan semestinya dia orang pun akan kena saman. Puas hati aku. Lansung aku dan Regina tak jadi pegi makan. Lepas aku hantar dia balik ke hotel, aku terus balik... badan aku shivering, kaki aku sakit teramat-amat. Trauma aku dibuatnya!

ni baru bahagian badan depan, bahagian belakang pun kemek juga

~dee~ aku dapat tahu yang mereka masih lagi belum membuat laporan polis...