dah hujung-hujung tahun, macam-macam hal berlaku...sebelum penutup tirai 2012, SiPerak masuk workshop...tak boleh nak delay lagi dah...all this while asyik tangguh je & tawakal je la bawa dia pergi balik kerja...sib baik la opis dengan rumah dekat je, nak buat camner kan? kalo tak de dia 'patah kaki' la aku... pas tukena amik off pulak, mana ada masa...luckily la hujung-hujung tahun ni dapat la amik sehari dua dan seperti apa yang dijangka memang macam-macam la kerosakannya...ganti drive shaft, brake pad, absober mounting, bearing dan ntah apa-apa lagi parts yang kecik-kecik tu...fuhhh bila tengok kat bil, memang masak aku dibuatnya...tapi sudah kira patut la kan? al maklumlah, kereta dah lama kan? itu pun dah cukup baik le tu...umur dah nak masuk 10 tahun baru kena ganti major parts itu dan ini...compared to my previous cars, this is the best...epecially dalam bab enjin, up to now memang tak pernah lagi meragam... Alhamdulillah syukur...kata orang, alah membeli menang memakai...pasal tu aku sayang sangat ngan dia...biar la orang nak kata aku kedekut ke, apa ke...dah banyak jasanya pada aku tau?
malam tadi aku tidur bermimpikan dia.mimpi yang cukup indah *tak payah cerita la ye? malu.hi hi hi* hingga buat aku terbuai-buai dan kalau boleh aku tak nak ianya berakhir.aku rasa cukup bahagia sekali.tetapi sesuatu telah mengejutkan lena aku maka ianya terhenti di situ saja.ahhh...alangkah indahnya kalau ianya benar-benar berlaku di dalam nyata.kata orang kalau kita mimpikan seseorang maknanya orang itu sedang mengingati kita atau merindui kita.betul ke?atau sebaliknya?ntahlah.aku pun tak ada jawapannya.namun begitu, masih berpeluangkah aku untuk merasainya?hanya Dia yang maha mengetahui.aku pasrah!
miss u dearly... *deepest condolences from me for the death of your uncle
packed!
12 dec: 9am Opening ICI12 Conference
13 dec: 9.30am Board: IOC | 11.30am Board: PBM | 3pm Board: MLSB
14 dec: 9.30am MOA with AIM, Australia | 3pm Convo rehearsal
15-18 dec: 7am-6pm 13th convocation
19 dec: 9am Mgmt Mtg | 2.30pm Board: UPSB | 4pm Board mtg: MTSB
20 dec: 11am MOA with METACO, Iran
acara universiti yang kebiasaannya, secara tak lansung aku pun terlibat sama...
21-25 dec: Mr.B outstation & time to get back on track ~ I wish I could take off
27-29 dec: Trip to CH with SA & NA
itu baru cakap pasal kerja ofis...belum lagi hal 'kerja sendiri' yang bertimbun tu... hu hu hu!
tak sabar nak tunggu 27 dec....it's a kind of break for me...tqvm Mr.B!
janganlah sampai aku jadi macam ni, sudah la...
masuk hospital bahagia nanti dibuatnya...
sepatut aku bersyukur kerana aku masih lagi nampu berjaga pada waktu ini
dan aku boleh menyiapkan kerja-kerja aku yang banyak itu
tapi masalahnya aku tak dapat berbuat itu semua
walaupun aku pujuk mata ini untuk pejam, ia tetap begitu...
aku hanya mampu melihat apa yang ada di hadapanku tanpa mampu berbuat apa-apa
fikiran aku kosong, tak mampu untuk mencerna apa yang ada di dalamnya...
sampai bila harus begini?
lebih 10 tahun lalu, situasi ini begitu menghantui hidup aku
aku dapat insomnia, migraine, eating disorder and juga low blood
hidup aku jadi huru-hara...
orang boleh lihat aku tersenyum...seolah-olah tiada apa yang terjadi
tetapi hakikat yang sebenarnya, hanya Tuhan saja yang tahu
so bila aku sudah pulih...aku cuba lupakannya
dan apa yang berkaitan dengannya, buangkan ia jauh-jauh
kalau boleh aku tak mahu lansung ianya kembali lagi...
tapi apakan daya, aku tidak punya kuasa untuk menahannya
aku ingat, dengan pengalaman lalu
aku sudah cukup kuat untuk menangkisinya
tapi telahan aku tersasar jauh...rupanya ia lebih parah dari sebelumnya
ohh Tuhan...kembalikan hari-hari ceriaku
mata yang letih, cengkung dan ada gelungan gelap di sekelilingnya...
(ehh, ehh... ada orang rindu la...ada ke?
masa snap tadi, tak ada la plak nampak ada bulu mata kat situ)
Mr.B dah start keje hari ni, so back to routine la kan? tapi bila jiwa ini sedang kacau... memang la tak boleh nak buat kerja hu hu hu... nasib baik Mr.B take half day off in the afternoon at least...kuranglah sikit rasa bersalah di hati...
tak faham aku dibuatnya...
ntah macam mana lagi yang patut aku lakukan
kalau bersuara...dikata aku tidak memahami
kalau berdiam...lagi aku seperti tidak dipedulikan
seolah-olah aku ni tak penting@wujud lagi
sampai bila?
ye sampai bila aku kena berlagak begini?
asyik nak menjaga hati dan perasaan orang lain...
hati dan perasaan aku bagaiman pula?
aku tertekan...
aku letih
ye sangat tertekan...
sangat letih
rasa ingin lari...
lari jauh...
jauh sangat...
ke sebuah daerah
sebuah daerah yang tidak mengenali siapa aku
sebuah daerah yang boleh buat aku gembira dan bebas dari kemelut ini
oh Tuhan...tolong hambaMu ini
jangan biarkan aku rebah
walau tiada yang yang peduli, tapi aku tahu Kau masih peduli
dan akan kekal bersama aku sampai bila-bila
gamaknya la... sampai ke tahap aku ini boleh diperlakukan apa saja... hati aku apatah lagi...tiada dipedulikan hanya mampu menjeruk rasa tu la, berlembut sangat kan?
tiap kali aku dengar lagu ni... aku bayangkan ariel sebut 'dira' instead of dara ha ha ha...perasan tak ingat, tuk mengubat hati yang lara...tak salah, kan? apa-apa pun terima kasih teman kerana meniupkan semangat untukku...
Ku katakan dengan indah, dengan terbuka hatiku hampa
Sepertinya luka menghampirinya
Kau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah…
Mengartikannya yang ku rasa cinta
Tetapi hatiku selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu
gitulah la temanya Anugerah Skrin yang berlansung malam tadi...dulu-dulu aku jarang tengok pun tapi sebab dapat tahu yang best friend aku bakal naik pentas amik award so kali ni aku tengok le...aku suka konsepnya, memang tak dinafikan ianya satu kelainan tapi mungkin kerana beberapa aksi yang kaku dalam beberapa babak buat ianya agak hambar dan jadi rasa bosan untuk ditonton...apakah kerana 'pelakon-pelakon'nya kurang bersesuaian atau pun scripnya yang meleret? ntahlah, aku bukan arif sangat pasal ni...ini cuma pandangan dari persepsi penonton saja...apa-apa pun, syabas kerana berani cuba untuk menampilkan satu kelainan kerana aku tahu, bukannya senang jadi seorang pengarah/penerbit untuk sesuatu rancangan, aku tahu pun melalui best friend aku ni la...apa-apa pun kawan aku ni dapat 2 anugerah sekali gus malam tadi dalam kategori Penerbitan Dalaman ~ Rancang Hiburan Terbaik (ABPH25) dan Rancangan Muzikal Terbaik (AJL26)
double victory...syabas Huda!
aku rasa, sedikit sebanyak dengan penampilan Rita Rudaini dan Adi Putra telah berjaya buat aku stay tune kat rancangan ni sampai habis...*beside nak tengok kawan aku tu la*... cantik dan kacak, memang sama padan mereka berdua... artis feberet aku tu... hi hi hi
pix credit to pak google
~dee~
p/s:
happy meeting you yesterday, B... ntah bila kan dapat berjumpa lagi dan juga lepas sedikit rasa rindu kerana dapat bercakap ngan opah petang semalam... alhamdulillah...dee sayang opah, dari jauh dee doakan yang terbaik opah... terima kasih Cik kerana memahami... 10.11.12 selamat pengantin baru mysara!
hari kejadiannya, dulu semalam... suka hati dia pancung masuk depan aku hingga dia terlupa akan bontot kereta dia tu sipi-sipi nak hentam muncung depan kete aku... ikutkan panas hati, nak je aku rodok belakang kereta dia tapi nasib baik hari tu mood aku memang baik so setakat tekan hon je la yang aku buat, tu pun sekadar untuk alert dia saja...tapi kalau dah jenis tak beradab tu, memang tetap tak beradab... boleh pulak dia tunjuk jari hantu kat aku plak...adoi macam tu juga la agaknya dia mengajar anak-anaknya di rumah? *sekiranya dia telah berkeluarga atau bakal berkeluarga* terfikir gak aku yang orang beginilah yang bakal melahirkan generasi yang kurang ajar dan kurang adab...sedih sungguh!