itulah yang aku rasa sekarang ini...
namun kalau nak dikenang, salahkah aku berpersaan begini?
ye lah...aku tahu siapa diri aku ini
tapi semua tu bukan salah aku, aku ini hanya manusia biasa
dan perasaan itu hadir dengan sendirinya tanpa dapat aku tahan
kerana itu memang sudah menjadi lumrah...
bila kita dalam keadaan yang memerlukan, siapa yang kita cari dulu?
sudah semestinya orang yang 'rapat' dengan kita
tak kiralah siapa pun mereka itu
pastinya kita mahukan orang yang 'kenal' akan diri kita
tapi kali ini aku benar-benar kecewa, sedih dan terkilan
harapan hanya tinggal harapan
namun begitu, aku menyalahkan diri aku sendiri
kerana ini bukan kali pertama tapi sudah berkali-kali
hanya aku ini saja agaknya tak pernah nak serik untuk terus berharap
mungkin aku ni terlalu lembut dan tak suka nak bersengketa berpanjangan
sebab tu aku boleh pujuk diri sendiri & sekejapan saja boleh memaafkan
dan akhirnya, situasi berbalik menjadi seperti biasa
terdetik juga di hati, mungkin juga dengan sikap aku yang begitu...
mudah saja memberi mereka peluang untuk mengulanginya berulang kali
apa taknya? ~ 'alah kejap saja marahnya tu, nanti nanti elok la...'
apakah selepas ini aku perlu bertegas dan membuat satu perubahan?
agar mereka tidak boleh sesuka hati buat aku kecewa, sedih dan terkilan lagi?
beberapa orang ada berkata yang bunyinya lebih kurang begini,
"ko ni baik sangat dan cepat kesian ngan orang sebab tu dia orang sesenang jer
nak pergunakan kelemahan ko tu dan sekali gus pijak kepala ko!"
betul ke aku begitu?
"ko ni baik sangat dan cepat kesian ngan orang sebab tu dia orang sesenang jer
nak pergunakan kelemahan ko tu dan sekali gus pijak kepala ko!"
betul ke aku begitu?



0 Comment(s):
Post a Comment